[The Other Side of the Story]
It’s all about my steps, the journey of my life…It’s my opinion, my stories…It’s all mine…
Wednesday, January 18, 2012
Vanila Coklat
Love this new drama, Vanila Coklat @ TV3. Very light, menghiburkan. Takyah berfikir, gelak + nanges untuk adegan yang entah apa-apa tapi catchy. My other half tak suka, tapi aku suka :)
Wednesday, January 11, 2012
2012 - New Template
I really love the old template....However, I made up my mind that this blog needs new look and this is the results. A simple touch up - love the pink color and its shades so much and this is the new look at the moment ;o). The most important thing is....I'm happy....
Pedoman - Nora & VOU
Roda waktu tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa segala belenggu
Sesal menikam jiwa kuhiba, terasa
KebesaranMu… Lantas kutadah, berdoa
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Cahaya rahmatMu menyinar bahagia
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh kusebut namaMu
Yang Maha Esa, Maha Pengasih Penyayang
KurniaanMu lantas kusujud, bersyukur
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah, jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan
Biar pedoman ini
Berkekalan dihati, selamanya
Pengubat jiwa, penyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba
Tuhan berikan pedoman
Tunjukkan aku arah
Jalan yang kau redhai
Tuhan berikan pedoman
Dan bila kumenjauh,
Kembali ke pangkal jalan …
Entry 2012 begins with this beautiful lyrics....
Wednesday, November 2, 2011
Updates
Lama tak update blog nie kan? Memang tak sempat, plus nothing much to share....My life? Macam biasa, ada ups and downs but that's a normal life should be right?
Alhamdulillah, convocation pun dah lepas. So, aku kena teruskan hidup dalam dunia akademia yang penuh dengan ranjau....Sapa kata kerja dalam bidang akademik nie senang? Well, mana ada benda yang senang dalam hidup nie kan? Nak makan pun kena usaha cari duit beli makanan, pastu suap makanan dalam mulut, then kena kunyah makanan tue baru la perut rasa kenyang. Nampak simple but that's the process. Semua perkara memerlukan usaha, doa + tawakkal, dari sekecil-kecil benda hinggalah ke perkara yang besar....
Weekend ni sehinggalah weekend depan aku akan bercuti panjang, sempena students punya mid-semester break. This is the only time aku boleh bercuti since kelas aku dijadualkan setiap hari except weekend bagi this whole semester. So bila masanya jumlah cuti aku nak berkurang kan? Inilah masanya....
Dalam kesibukan nie, aku terfikir jugak banyak perkara....antara yang aku fikirkan ialah, kenapa seseorang itu boleh baik sangat dengan orang lain tapi bukan dengan saudara sendiri (adik-beradik seibu sebapa)? Kalau dengan orang lain, mesti orang kata dialah yang baik, itu ini, semuanya yang baik-baik. Tapi orang luar tu tahu ke macam mana hubungan dia tu dengan adik-beradik dia? Maybe bukan adik-beradik tapi lebih tepat abang sendiri. Entahlah, kalau kau jenis yang berani sms jer pastu buat-buat tak tau dengan apa yang kau sms, tak pernah rasa kau bersalah sebab sentiasa fikir kau jer yang betul....sampai bila? Aku pelik la....Jangan fikir orang tak terasa dengan apa yang kau sms, jangan fikir perkara itu tidak disimpan di dalam hati. Agaknya betullah kan, kena berfikir dulu sebelum bercakap. Sebab mulut badan binasa....
Aku kena selalu mengalah, sebab mak aku ajar yang nak jadi gaduh ni disebabkan oleh dua pihak. Kalau sebelah pihak jer takkan jadi. So akulah yang akan jadi pihak yang kena mengalah, biarlah semuanya....So, aku belajar menerima seadanya....Tapi kau pun kena la faham jika layanan yang kau terima tak seberapa dari aku. What you give, you get back....
Ok la, dah melalut. Sebelum aku mengundur diri, Selamat Hari Raya Aidil Adha dari aku & hubby....Safe journey everyone ;oD

Friday, September 9, 2011
Satu persatu....
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan sehingga ke hari ini untuk bernafas dan hidup di atas muka bumi. Alhamdulillah, langkah ini masih kuteruskan, ceritaku ini masih belum berkesudahan. Apa penghujungnya, bagaimana kesudahannya? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui....
Terngiang-ngiang lagi kata-kata berikut:
Terngiang-ngiang lagi kata-kata berikut:
- "Supervisor awak memang tak nak kat awak dah kot"
- "Kenapa tak nak amik jer jawatan guru bahasa kat Tamhidi tu?"
- "Bukan apa, bila ko belajar ada masalah macam nie, nanti kami semua akan dapat surat peringatan untuk belajar sungguh-sungguh, jangan main-main"
Sapa yang utarakan dialog di atas? Biarlah rahsia, mungkin akan ada yang perasan dia pernah berkata begitu padaku. Well, biarlah apapun yang orang nak kata. Mulut diorang kan? Aku? Masih di sini, alhamdulillah.
- Bagi yang kata statement pertama, ko pun bukannya belajar masa tu, spouse ko yang belajar. So memang sedap la kata macam tu kan?
- Statement kedua: Andainya ko yang berada kat tempat aku, ko buat apa? Terima ker?
- Statement ketiga: Main-mainkah aku masa aku belajar dulu?
Sampai skang, aku memang dikenali sebagai orang yang bermasalah. Tapi pada aku, segala pengalaman yang aku lalui menjadikan aku lebih berhati-hati dalam kehidupan ini. Bagi yang pernah bercerita pasal aku, bawak mulut pasal aku, diorang tahu ker apa yang aku rasa? Macam mana aku nak bangkit selepas apa yang berlaku? Diorang kisahkah? Syukur, semua perjalanan hidup mereka dipermudahkan. Takde sapa pun yang akan mendoakan perkara-perkara yang tak baik buat orang kan? Walau macam mana teruk pun yang aku rasa, tak pernah dan taknak aku doakan dioarang dapat rasa apa yang aku rasa.
Sampai sekarang, bila dikenang apa yang berlaku pasti mengalir lagi air mata. Kalau ditanya macam mana aku bangun semula, aku pun tak tahu sebenarnya. Kuatkah aku masa tu? Pernah aku decide, that's the end. Jadilah apa pun nak jadi, aku frust. Nak tido menangis, bangun menangis, asal teringat jer menangis. Air mata memang jadi teman rapatku ketika itu. Tapi, memang aku jenis yang mudah mengalirkan air mata sebenarnya...Murah sangat air mata aku ni....
Tapi sapalah kita nak mengeluh dengan ujian-Nya...Sebab Dia dah tentukan bukan di situ tempatku...Aku seharusnya lebih bersyukur atas apa yang berlaku, lihat dari perspektif yang lain apa hikmah semua itu terjadi. Alhamdulillah, berkat sokongan semua terutamanya my other half, mak & ayah, my siblings, berkat doa semua, berkat doa tok aku, sokongan supervisor aku, finally aku berjaya tamatkan pengajian aku. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Yang pahit dan berliku pasti ada penghujung yang membahagiakan.
Perjalanan hidup ini masih jauh....Aku sendiri belum pasti bagaimana rupa coraknya perjalanan esok, lusa, sehinggalah nafasku yang terakhir. Moga semuanya dipermudahkan, amin....

Labels:
My Baby PhD,
My Story,
Something to Share,
The Journey
| Reactions: |
Kenapa....
- bila kita rasa diri kita tak mampu beri komitmen untuk sesuatu dan kita mohon untuk tidak "commit" buat masa tertentu, kita juga yang disalahkan?
- susah bagi orang menghormati pendirian kita?
- senang untuk orang menyakiti perasaan kita?
- ...... banyak lagi la persoalan kenapa yang tak terjawab....
Tuesday, August 23, 2011
KitchenAid
Babe, lepas borak dengan ko pagi tadi, aku browselah KitchenAid. Ala, aku dah jatuh cinta la dengan KitchenAid. Nak kena simpan duit la, memang best mixer KitchenAid since banyak lagi attachments and accessories yang boleh digunakan with the mixer's motor. Malam ni nak mimpi-mimpi, nanti nak beli color apa yer, hahaha....
P/s: Morale of the story - bila ada impian, pasti akan bekerja keras untuk dapatkannya :)
Sunday, August 14, 2011
AJBM Acceptance letter
Got the official acceptance letter yesterday, through e-mail. Alhamdulillah, finally our paper is going to be published in the 18th September 2011 issue of the journal. Hope that this accomplishment will boost up my spirit in order to continue writing in the future, insya-Allah.
Monday, August 8, 2011
Ramadhan 1432H
Masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua...Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya, Insya-Allah. Jangan membazir di bulan yang mulia ini, makan biar berpada-pada dan ikut sunnah.
Thursday, June 9, 2011
June 2011 - an UPDATE
Bulan nie, memang students cuti tapi kami tak. So bersusun jadual penuh dengan meeting, bengkel, seminar dan sebagainya, pulun nak penuhkan 7 hari berkursus = 42 jam untuk CPD. If semester tengah berlangsung, susah sikit sebab kena attend lectures & tutorials. Target semester break nie adalah menghadiri seminar yang free, anywhere yang berdekatan & berkaitan, hehehe....
Apa plan weekend nie? Well, I will have a long weekend since amik cuti extra (of course tolak cuti tahunan). Baru setengah tahun, cuti pun dah banyak habis. Nak kena simpan untuk raya + konvo gak. Tapi masa semester berlangsung, bukan senang nak amik cuti. Buat plak kelas sepanjang minggu, confirm takleh apply cuti. If hari takde kelas jer baru boleh cuti. So masa semester break nie pulun la amik cuti. Long weekend nak pi mana? Hehehe, apa lagi, balik Kulim la. Masih belum berkesempatan tengok anak buah yang baru, Muhammad Naufal. Then ada wedding cousin, so alang-alang balik sana dapat gak makan nasik minyak.
Pastu skang, tengah giler tonton drama Nora Elena kat TV3. Bukan takat tue, siap dah habis baca novel Kasih Yang Suci, itupun pinjam member punya since novel tue sold-out. Macam mana boleh melekat tengok drama nie? Well, accidentally tertengok 1st episode. Then biasa la, if dah start tengok memang jadi habit aku laki bini akan jadi pengikut setia, macam drama Adamaya jugak la. Tidak ketinggalan drama Juvana. Sebab tengok Juvana adalah - antara pelakon dia Bront Palare. Itu jer sebab start tengok Juvana. Then memang drama tu best walaupun Bront muncul sekali-sekala. Cuma menyampah kat Bront sebab nak ikut kepala dia jer, mentang-mentang la dia Warden.
Berbalik pada Nora Elena, aku terminat la jugak kat Seth Tan a.k.a. Aaron Aziz disebabkan keromantikannya itu. Tapi serius aku tak minat Seth Tan yang kat dalam novel. Tapi dah nama pun adaptasi longgar, so aku prefer la yang drama daripada novel (maybe sebab aku tengok drama baru baca novel). Mungkin yang dah baca novel dulu berpendapat sebaliknya.
Kegilaan baru jugak adalah pada koleksi Maika Etnik, kebetulannya terbeli small case "Couple" masa Pesta Air kat PD. Pastu ada la artikel pasal penjual koleksi ini secara on-line, so aku try la order. Tapi entah la, dah dua order aku buat pada dua penjual yang berbeza, dua-dua pun masih takde reply. So kegilaan aku terbantut la....Dulu masa aku gila t-shirt muslimah, memang sellers dia very responsive. Kejap jer memang dah reply email, whether ada stock atau tak. Tapi yang Maika Etnik nie, a bit slow la. So interest aku makin berkurangan nak beli dengan diorang nie. Sapa tau mana aku boleh beli Maika Etnik nie? Ada tak showroomnya? Nie dah gatal plak nak mula shopping, huhuhu....
What else? Oh, aku jugak dah ketagih main game kat laptop. Game apa? Cake Mania, hahaha. Entah apa la aku nie, macam buang tabiat plak. Tak pernah la sepanjang aku belajar degree dulu buat benda alah macam nie, skang bila dah submit thesis PhD aku boleh main entah apa-apa. Tapi itu la kan, jiwa muda, hehehe....padahal dah tua, hahaha....
Sunyi jer level nie, semua pi lunch. Aku tadi dah selamat brunch dengan laki terchinta. Nie mata pun berat sebab perut sudah penuh. Ok, till we meet again. Bye, bye....
Labels:
Books and Novels,
Drama,
My Passion,
Something to Share
| Reactions: |
Wednesday, April 13, 2011
Dalam hubungan ini....
Macam nak bermadah plak tajuk kali nie....Well, dengan hujan lebat mencurah-curah di luar sana, tajuk kali ini lebih bererti....
Dalam hubungan ini....terutamanya antara manusia dengan manusia, sesama insan di dunia ini, sudah pasti penuh dengan dugaan dan cabaran. Bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain....Paling utama, kita perlu jaga hubungan kita dengan pencipta kita Yang Maha Esa, itu tidak boleh dinafikan sama sekali walau apa-pun yang terjadi. Solat 5 waktu adalah tiang agama, saat itulah masa spesifik yang telah ditetapkan untuk kita sujud kepada-Nya. Indahkan Islam?
Berbalik kepada persoalan hubungan sesama manusia. Aku akui, memang sukar nak memahami orang lain. Sebab utama, orang itu bukan diri kita. Sedangkan ada masanya kita juga tidak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini, inikan pula untuk mengetahui hati & perasaan orang lain. Pasti amat sukar kan? Walau bagaimanapun, kita perlulah mencuba untuk jadi yang terbaik. Cuba untuk memahami situasi insan lain. Cara yang paling mudah, cuba letakkan diri kita dalam situasi insan berkenaan. Sekiranya kita rasa sesuatu perkara itu kita tidak gemar atau tidak suka, begitulah dengan insan berkenaan. Dengan cara itu, kita akan lebih mengenali insan lain, lebih memahami dan tidak menjadi insan yang individualistik.
If nak kongsi apa yang pernah berlaku dalam hidup aku berkenaan tajuk kali ini, memanglah teramat banyak. Sebagai contoh, bagaimana aku agak terasa bila dipersoalkan tentang cahaya mata. Jika pertanyaan itu secara lembut & berhemah, mungkin aku kurang tersinggung. Tetapi jika nadanya menyindir, agak kasar, pasti aku jugak akan melenting. Bagi mereka yang tidak pernah berada dalam situasi aku, apalah sangat usaha mendapatkan cahaya mata bagi korang. Susah apa sangat, buat jer terus lekat. Sampai kena tahan-tahan la bagi tak lekat. Tapi cuba bayangkan berada dalam situasi aku, dah kahwin hampir enam tahun tapi belum ada cahaya mata? Selagi tak kena pada batang hidung kita, selagi itulah kita takkan amik iktibar. Cuba bila sedara terdekat, anak kita ker, kakak atau adik kita ker kena macam nie, baru terdiam. Baru tak terkata apa-apa. Itulah ragam manusia kan?
Sentiasa ingat, dalam setiap hubungan, pasti ada "give & take"....Jagalah hubungan itu setakat mana termampu. Selalu kita dipesan, jangan benci sangat takut benci itu bertukar menjadi cinta & sayang. Juga jangan sayang sepenuh hati sangat, takut sayang itu bertukar menjadi benci yang amat dalam. Mesti ramai yang pernah baca "quote" berikut:
"There is a lie in believe,
an over in lover,
an end in friend,
an us in trust,
& an if in life..."
Semoga dalam hubungan ini kita sentiasa saling memahami....
Subscribe to:
Posts (Atom)