Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

2011

Tahun 2011 adalah tahun yang bakal penuh dengan cabaran....Kalau ditanya cabaran yang macam mana, memang susah nak jawab. Februari sudah sampai ke pertengahannya, masih banyak yang perlu aku siapkan. Masa yang aku ada rasanya tidak mencukupi. Kekadang rasa nak nangis, kenapa la jadi macam nie tapi aku sendiri pun tak tahu apa sebab utama. Akukah yang tak pandai uruskan masa? Tahun 2010 berlalu dengan beberapa pencapaian yang aku rasa aku boleh banggakan. Cuma perjalanan 2010 bersambung ke 2011. Dan begitulah seterusnya. Cuma perjalanan hidup ini masih jauh.... Beberapa hari yang lalu....usiaku sudah menginjak ke 30. Satu angka baru, dan yang pastinya aku makin berusia. Semoga pertambahan usia ini akan lebih mematangkan aku, mendewasakan aku. Semoga apa yang aku idamkan akan menjadi kenyataan, insya-Allah. Mak & ayah, terima kasih kerana melahirkan & membesarkan aku selama ini. My other half (my better half, my love, my chepok), thank you so much for loving me....