Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Monday blues

Bukan sebab malas yer, cuma ngantuk sikit jer. Sebabnya: Tido agak lewat pastu bangun awal. Bangun awal sebab nak sahur, sekarang kan Subuh masuk awal so memang la kena awal sikit daripada biasa untuk bangun sahur ;-D Tadi pagi pun dah hampir-hampir tak sahur sebab malas nak bukak mata, hehehe....Kalau tak sahur makanya memang la aku takkan puasa ;-D  Moga diberi kekuatan hari ini dan juga esok untuk berpuasa yer, so langsai hutang yang wajib. Then, semoga diberi jugak kekuatan untuk berpuasa sunat sebelum Ramadhan tahun ini menjelma.  Ok, cukuplah selingan hari ini. Sambung balik review paper ;-D Happy working everyone!!! *Mode happy jugak sebab this week kerja cuma 3 hari. Rabu - cuti hari pekerja, Jumaat - cuti tahunan sendiri la sebab nak balik mengundi. 

Aisyah is 8 months now....

Time flies....cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, our little princess dah 8 months now....Macam tak percaya pun ada, hehehe.... 8 months dah pandai buat apa? Well, suka jelir lidah (nak tunjuk comel la tu, tapi memang comel sangat bila dia jelir lidah)....Dia dah mengesot-ngesot ke depan dengan sangat laju (our little komando), dah angkat punggung (sangat tinggi) tapi tak merangkak pun, dah mula memanjat untuk berdiri, suka tarik rambut umminya....Tarik rambut tu pukul 2.30 am, 4.00 am sebab nak ajak main-main (ummi sangat mengantuk masa tu sayang).... Aisyah memang kesayangan abinya (now, Aisyah always first, ummi Aisyah dah jadi second), so dah kurang kepentingan ummi Aisyah , huhuhu....Ummi balik kerja jer, abi terpa Aisyah dulu kan? Tak tengok pun ummi, huhuhu.... Now, our priority memang pada Aisyah la. Semuanya dahulukan keperluan dia, then baru apa yang kami nak. Kalau ikutkan pun, dah macam-macam dan dah puas pun kami nie membeli untuk diri sendiri.  L

Tengah baca - Cintaku Luruh di Oxford

Tajuk sahaja dah memberitahu apa sebenarnya yang aku nak sampaikan. Ada beberapa novel yang sedang aku baca, tak habis-habis lagi (sebab English novel) tapi aku dah start baca novel ini pulak....Cumanya, ini akan mengambil masa yang lama untuk habis since ianya tebal + aku banyak keje yang kena settle dalam masa terdekat + kena pi kursus la plak (sob, sob....macam mana nak berpisah kejap dengan si kecik ni?)..... By the way, aku dah habis baca dua novel berikut yer.... (Pics: Credit to Google, nollybook.com)

Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Last week, tertengok the first episode of this drama. Makanya, minggu-minggu yang seterusnya akan bertapalah aku depan TV yer ;-D (kalau tak pun, PVR kan ada, hehehe).... By the way, aku dah baca novel ini tahun lepas. Then reread the novel last week, just because nak dapatkan feel untuk tengok drama ni dan jugak nak compare jalan cerita - sama tak drama dengan novel.... Jom sama-sama saksikan drama  Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Alhamdulillah....

Dah dapat surat semalam, surat pengesahan dalam perkhidmatan. Finally, after 20 months, confirmed on 21st March 2013....That's my journey, yang lain maybe cepat lagi....Tak nak compare perjalanan aku dengan perjalanan orang lain, yang penting aku sangat bersyukur dengan kurniaan-Nya yang tidak terhingga. Dalam kesedihan ada juga berita gembira yang datang.... Yang sedihnya - mak long aku (my mum's sister) passed away on Monday, 1st April 2013 - breast cancer tahap yang kritikal. Al-Fatihah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan di kalangan hamba-Mu yang beriman. Cousins aku - semuanya sangat kuat semangat. Aku kagum dengan ketabahan mereka, since mak long aku ni dah lama juga sakit. Aku doakan korang sentiasa tabah menghadapi segala ujian. Perjalanan hidup aku masih panjang....