Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Layakkah aku?

Makin lama berada dalam bidang yang aku minat, makin aku terfikir sama ada aku layak atau tak untuk terus berada dalam bidang ini....Entahlah, gerun melihat senarai publications, proceedings, khidmat masyarakat colleagues (CV yang berjela-jela)....Aku? Tak seberapa, masih merangkak-rangkak dalam bidang ini, masih kerdil dalam dunia ini.... Cukupkah masa yang aku ada untuk buat apa yang aku suka dalam hidup ini? Persoalan yang tak pernah ada jawapannya. Adakalanya aku rasa aku dah setkan priority yang betul tapi makin hari aku dapat rasakan ianya berubah....Ke mana? Aku pun tak pasti....Betulkah apa yang aku lakukan selama ini? Persoalan layakkah aku takkan berhenti sampai bila-bila pun.....Yang paling utama, layakkah aku satu hari nanti untuk menjadi penghuni syurga- Mu, Tuhan Yang Maha Esa....Kerana aku adalah insan yang lemah, kerdil, dan hina, yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu dalam meneruskan perjuangan hidup di dunia yang sementara ini. Aku adalah insan yang tak pernah lari

Banyaknya....

Kerja banyak sampai tak tahu nak buat yang mana satu, huhuhu.....Siap ada masa baca blog orang lain dulu before mood sampai untuk masuk gear buat kerja sendiri yang bertimbun....Entah la, nervous semacam jer....Macam semua yang dibuat tak jadi, banyak yang perlu diselesaikan tapi tak mula pun buat.... Susah hati? Aku memang emo sikit, belum apa2 lagi emo dah lebih. Padahal patutnya take it easy la, one by one insya-Allah semuanya akan ok. Cuma bila dah kelam-kabut macam nie, aku jadi tak terurus rasanya. Kesian my other half - nasib la dia memang dah kenal aku yang cepat sangat berubah mood dan memahami diri ini.... Ok la, nak sambung buat keje....