Makin lama berada dalam bidang yang aku minat, makin aku terfikir sama ada aku layak atau tak untuk terus berada dalam bidang ini....Entahlah, gerun melihat senarai publications, proceedings, khidmat masyarakat colleagues (CV yang berjela-jela)....Aku? Tak seberapa, masih merangkak-rangkak dalam bidang ini, masih kerdil dalam dunia ini.... Cukupkah masa yang aku ada untuk buat apa yang aku suka dalam hidup ini? Persoalan yang tak pernah ada jawapannya. Adakalanya aku rasa aku dah setkan priority yang betul tapi makin hari aku dapat rasakan ianya berubah....Ke mana? Aku pun tak pasti....Betulkah apa yang aku lakukan selama ini? Persoalan layakkah aku takkan berhenti sampai bila-bila pun.....Yang paling utama, layakkah aku satu hari nanti untuk menjadi penghuni syurga- Mu, Tuhan Yang Maha Esa....Kerana aku adalah insan yang lemah, kerdil, dan hina, yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu dalam meneruskan perjuangan hidup di dunia yang sementara ini. Aku adalah insan yang tak pernah lari ...
It’s all about my steps, the journey of my life…It’s my opinion, my stories…It’s all mine…