Makin lama berada dalam bidang yang aku minat, makin aku terfikir sama ada aku layak atau tak untuk terus berada dalam bidang ini....Entahlah, gerun melihat senarai publications, proceedings, khidmat masyarakat colleagues (CV yang berjela-jela)....Aku? Tak seberapa, masih merangkak-rangkak dalam bidang ini, masih kerdil dalam dunia ini....
Cukupkah masa yang aku ada untuk buat apa yang aku suka dalam hidup ini? Persoalan yang tak pernah ada jawapannya. Adakalanya aku rasa aku dah setkan priority yang betul tapi makin hari aku dapat rasakan ianya berubah....Ke mana? Aku pun tak pasti....Betulkah apa yang aku lakukan selama ini?
Persoalan layakkah aku takkan berhenti sampai bila-bila pun.....Yang paling utama, layakkah aku satu hari nanti untuk menjadi penghuni syurga- Mu, Tuhan Yang Maha Esa....Kerana aku adalah insan yang lemah, kerdil, dan hina, yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu dalam meneruskan perjuangan hidup di dunia yang sementara ini. Aku adalah insan yang tak pernah lari daripada melakukan kesilapan dalam hidup ini.
Moga kita semua sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya....Moga kita semua berada dalam landasan yang sebenarnya. Peliharalah hati-hati kami supaya sentiasa menyintai-Mu, menyintai Rasulullah dan semua nabi dan rasul utusan-Mu, menyintai para sahabat, dan semua yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.
Layakkah aku menjadi penghuni syurga-Mu....

Comments