Skip to main content

Updates

Lama tak update blog nie kan? Memang tak sempat, plus nothing much to share....My life? Macam biasa, ada ups and downs but that's a normal life should be right?

Alhamdulillah, convocation pun dah lepas. So, aku kena teruskan hidup dalam dunia akademia yang penuh dengan ranjau....Sapa kata kerja dalam bidang akademik nie senang? Well, mana ada benda yang senang dalam hidup nie kan? Nak makan pun kena usaha cari duit beli makanan, pastu suap makanan dalam mulut, then kena kunyah makanan tue baru la perut rasa kenyang. Nampak simple but that's the process. Semua perkara memerlukan usaha, doa + tawakkal, dari sekecil-kecil benda hinggalah ke perkara yang besar....


Weekend ni sehinggalah weekend depan aku akan bercuti panjang, sempena students punya mid-semester break. This is the only time aku boleh bercuti since kelas aku dijadualkan setiap hari except weekend bagi this whole semester. So bila masanya jumlah cuti aku nak berkurang kan? Inilah masanya....


Dalam kesibukan nie, aku terfikir jugak banyak perkara....antara yang aku fikirkan ialah, kenapa seseorang itu boleh baik sangat dengan orang lain tapi bukan dengan saudara sendiri (adik-beradik seibu sebapa)? Kalau dengan orang lain, mesti orang kata dialah yang baik, itu ini, semuanya yang baik-baik. Tapi orang luar tu tahu ke macam mana hubungan dia tu dengan adik-beradik dia? Maybe bukan adik-beradik tapi lebih tepat abang sendiri. Entahlah, kalau kau jenis yang berani sms jer pastu buat-buat tak tau dengan apa yang kau sms, tak pernah rasa kau bersalah sebab sentiasa fikir kau jer yang betul....sampai bila? Aku pelik la....Jangan fikir orang tak terasa dengan apa yang kau sms, jangan fikir perkara itu tidak disimpan di dalam hati. Agaknya betullah kan, kena berfikir dulu sebelum bercakap. Sebab mulut badan binasa....


Aku kena selalu mengalah, sebab mak aku ajar yang nak jadi gaduh ni disebabkan oleh dua pihak. Kalau sebelah pihak jer takkan jadi. So akulah yang akan jadi pihak yang kena mengalah, biarlah semuanya....So, aku belajar menerima seadanya....Tapi kau pun kena la faham jika layanan yang kau terima tak seberapa dari aku. What you give, you get back....


Ok la, dah melalut. Sebelum aku mengundur diri, Selamat Hari Raya Aidil Adha dari aku & hubby....Safe journey everyone ;oD



Comments

Popular posts from this blog

2016

Setelah sekian lama bersawang .... Harapannya agar tahun 2016 blog ini akan kembali terisi walaupun tidak kerap. Biasalah, medan untuk meluahkan perasaan....Baru perasan, tahun 2015 bermula dan berakhir tanpa sebarang penulisan, huhuhu.... Semoga tahun ini blog ini "hidup" sebagai kenangan buat pemiliknya & mereka yang membaca....

Away....

I'll be away starting from tomorrow till end of next week....Going to KL for my data collection....Please pray for me - pray that everyone will give full co-operation, pray that the intended person is willing to fill-up my questionnaire....Pray that everything is going to run smoothly....

Photos

Photos taken by my hubby @ area kat Antara Gapi, Serendah - special outdoor session for me ;oD Background kat belakang tue Genting Highlands (second pic).... Eye on Malaysia Menara Taming Sari & pemandangan dari atas menara.... Insya-Allah, ada kesempatan nanti akan upload gambar kat Banda Hilir (bangunan merah) plak....Enjoy the pics ;oD