Skip to main content

Papadom

Went to watch Papadom yesterday - with my other half, Kak Chik & Baydah. Review: Memang korang patut pergi tengok cerita nie jugak - baru boleh tahu kenapa filem nie dipilih sebagai filem terbaik. Ada part yang memang tak kering gusi kita dibuatnya & ada part yang akan membuatkan kita mengalir air mata (aku la yang menangis sebab aku nie kan sensitif orangnya & mudah mengalirkan air mata, huhuhu)....Aku tak expect Afdlin Shauki berjaya mengupas kisah kasih sayang seorang bapa buat anak gadisnya. Kalau la kita faham macam mana our parents selalu susah hati sepanjang kita meniti usia dari kecil hingga dewasa, sudah tentu kita tak nakal2 & tak membantah kan? Kadang-kadang terfikir, macam mana la nanti nak besarkan anak sendiri....

Before tengok filem nie, pagi2 lagi kami pi Taiping - hantar Baydah pi jumpa dentist (dia kan minah yang pakai braces - so gigi senget kena jumpa dentist selalu, hahaha)....Punya la lama tunggu, sampai lapar kami dibuatnya. So tinggalkan dia & kami pi melantak. Breakfast + lunch la kiranya....Siap tapau untuk adik2 lain yang kami tinggalkan kat umah sebab aku malas nak masak ;oD Mak & ayah? Out-station, ayah kerja pastu bawak mak jadi peneman. Biarlah sekali-sekala mereka berdating ;oD Adik bongsu aku pi camping - first time dia berjauhan dari family. Petang nie dia balik - dengar jer la apa dia nak cerita....

Sebenarnya, tengah syok-syok tengok movie, bertalu-talu mak & ayah called kami - setiap orang ada missed call termasuk la my hubby. Aku dah rasa tak sedap hati, pastu siap ada sms dari mak aku tanya no. hs. anak jiran - kalau kami ada. Rupanya, ada orang pecah masuk umah jiran kami. Dengar cerita, polis dapat tangkap sebab jiran sebelah rumah jiran kami (Cik Mat) report since dia curiga kot. Jiran kami tue dah lama pindah - umah dia terbiar kosong. Pencuri tue kata, tuan rumah suruh angkat barang. Bila tanya sapa nama tuan rumah - dia tak tahu. Cik Mat pun pelik la....Risau skang - umah sebelah kiri & kanan dah kena masuk. Memang selalu ada mat motor dok ronda-ronda - intai kawasan la kot. Skang kes macam nie banyak sungguh berlaku....Macam mana kita nak atasi nie?

Dinner - Kak Chik belanja since dia banyak sangat duit ;oD So apa lagi, kami belasah la kat Secret Recipe....Sedap + kenyang + puas hati la sebab ada orang belanja. Thank you very much Kak Chik, lain kali belanja lagi....


Comments

Miss BumbleBee said…
papadom sgt rocks.

layan first day on air kat wayang (ari khamis).

nama maisara pun mana betul anak dia.

:)

selamat berhujung minggu maya!
MayaEnd said…
ha'ah yan, papadom mmg sgt rocks. real 'miasara' pun ada appear masa scene 10th birthday kan?
;oD

Popular posts from this blog

Happy birthday Sayang

Hari ini birthday my other half, Nur Sophian Rifin @ Endz .   Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu, in shaa Allah.  Ummi & Aisyah sayang abi sangat-sangat.....

Mood hilang....

..... hanya sebab proposal program....Sebenarnya tak perlu teruk sangat pun, tak perlu detail sangat pun. Report program nanti yang akan detail... . Tapi hamba Allah ni   sangat  la bossy sejak akhir-akhir  ni . Macam-macam la komen sedangkan dah tanya bis boss dah, dia yang kata tak payah detail sangat cuma dia nak report yang complete. So? Stress tau, tapi taknak tulis kat FB atau insta sebab nanti ramai yang tahu. Nasib la blog ni ada, boleh la mengadu domba kat blog ni ;-D Anger management, anger management kena   betul   kan ? Nasib la aku jenis tak hentak2 atau baling2 benda kalau nak marah. Aku jenis kalau marah, aku yang nanges. So, baik la takyah marah . Penat ... . penat nanges   karang .... Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Ber...

Isteri Separuh Masa

Novel kedua Sury Ryana yang telah aku miliki & telah habis dibaca dalam masa hanya sehari (less than 12 hours). Nampak tak apa masalah aku skang? Aku memang gila membaca novel & amat cepat membaca novel Melayu. Cuma, untuk menjadi penulis novel tu tak le kot, takde bakat la ;-) Novel Isteri Separuh Masa baru dibeli di Popular Paradigm Mall pada 26 Mei 2012, aku start baca pukul 11.30 pagi 27 Mei 2012 (on the way fetch ayah kat airport & pi kenduri kat BBST), then continue baca masa on the way ke Hospital Selayang, masih khusyuk membaca kat Hospital Selayang & finished off bila sampai umah kat Nilai, before tido jam 10.30 malam.  Apa yang mempercepatkan pembacaan? Jalan cerita yang menarik, persembahannya yang santai tapi still ada unsur yang agak mencemaskan towards the end, gaya penulisan yang bersahaja & dekat di hati ;-) Best, sama jer rasa masa baca M.A.I.D. Kesimpulannya: sebuah novel yang harus dimiliki & dibaca pada masa lapang ;-D To...