Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Layakkah aku?

Makin lama berada dalam bidang yang aku minat, makin aku terfikir sama ada aku layak atau tak untuk terus berada dalam bidang ini....Entahlah, gerun melihat senarai publications, proceedings, khidmat masyarakat colleagues (CV yang berjela-jela)....Aku? Tak seberapa, masih merangkak-rangkak dalam bidang ini, masih kerdil dalam dunia ini.... Cukupkah masa yang aku ada untuk buat apa yang aku suka dalam hidup ini? Persoalan yang tak pernah ada jawapannya. Adakalanya aku rasa aku dah setkan priority yang betul tapi makin hari aku dapat rasakan ianya berubah....Ke mana? Aku pun tak pasti....Betulkah apa yang aku lakukan selama ini? Persoalan layakkah aku takkan berhenti sampai bila-bila pun.....Yang paling utama, layakkah aku satu hari nanti untuk menjadi penghuni syurga- Mu, Tuhan Yang Maha Esa....Kerana aku adalah insan yang lemah, kerdil, dan hina, yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu dalam meneruskan perjuangan hidup di dunia yang sementara ini. Aku adalah insan yang tak pernah lari ...

Banyaknya....

Kerja banyak sampai tak tahu nak buat yang mana satu, huhuhu.....Siap ada masa baca blog orang lain dulu before mood sampai untuk masuk gear buat kerja sendiri yang bertimbun....Entah la, nervous semacam jer....Macam semua yang dibuat tak jadi, banyak yang perlu diselesaikan tapi tak mula pun buat.... Susah hati? Aku memang emo sikit, belum apa2 lagi emo dah lebih. Padahal patutnya take it easy la, one by one insya-Allah semuanya akan ok. Cuma bila dah kelam-kabut macam nie, aku jadi tak terurus rasanya. Kesian my other half - nasib la dia memang dah kenal aku yang cepat sangat berubah mood dan memahami diri ini.... Ok la, nak sambung buat keje....

Updates

Too many updates to share but I did not have enough time to do it + I want to share some pics from my trip to Hangzhou and the pics are still in the memory card....Well, maybe next time.

Happy Birthday Zubaydah

Happy 20th birthday to my lovely sister, Zubaydah Abd Aziz.... May Allah Bless you always. May all your wishes will come true. She is currently at India - pursuing her degree. Which part of India? Lupa la, payah nak sebut sebenarnya.... Frankly speaking, adik aku yang nie memang rapat sikit dengan aku since kami share bilik (before aku kawin la). Yang lagi buat kami lagi rapat ialah, aku yang jaga dia masa mak & ayah kami pi haji. Ingat lagi, time tue aku darjah 5, dia sangat kecik dan masih menyusu badan. Just imagine, mak kami tinggal jer dia masa dia masih menyusu badan untuk pergi haji. So kami memang duduk dengan to kat kampung, sebulan pi tukar sekolah kat kampung. Dia ni plak, tak mau kat orang lain. So malam berjaga, nangis....aku la yang nak kena tengok....Asal aku balik sekolah jer, terjengul dia kat muka pintu tunggu aku balik. Dekat-dekat dengan mak & ayah nak balik dari haji, aku demam teruk, huhuhu....Kenangan yang takkan dilupakan.... Adik aku yang nie kelakar si...

Ada gak orang macam tue kan???

This entry is in Malay....Dalam dunia nie, ada pelbagai jenis manusia, dengan pelbagai ragamnya....Tapi yang paling aku tak berkenan (paling tepat: menyampah) adalah orang-orang yang hobinya menyindir + menyibuk hal orang lain tapi tak ingat nak cermin @ tengok diri sendiri....Dah memang sejak azali, aku susah nak marah orang "on the spot" sebab aku ni jenis memendam perasaan. Kekadang dalam hati dah menyumpah tapi mulut tak berkata-kata....Mungkin ada bagusnya sebab aku nie jenis kalau "smash" orang, orang tue pasti ingat sampai mati la apa yang aku "smash" tue....So aku bersyukur sangat Allah memeliharaku dalam hal-hal berkata-kata ini (walaupun sekali-sekali terlepas jugak).... Tak kisah nak menyindir, biarlah bertempat dan berpada-pada. Dah kalau ko tue buat lagi teruk dari tue, tak payah la nak menyindir orang. Kot yer pun dah 2nd time aku makan, takde la aku amik 17 bungkus (aku pun ada sense nak ingat pada orang yang belum makan). Lain la macam ko, ...

PPT Slides

Got 2 presentation slides to prepare.....anyone wants to help??? Current semester dah hampir nak tamat, tinggal lagi sebulan jer lagi....tapi kerja makin bertimbun, dateline makin banyak....macam mana nie? Pening fikir banyak kerja, tak enjoy la life....plus, I don't like last minute job....awal-awal nak control semua, hujung-hujung main lambak jer kat kita....macam la kita nie takde kerja lain, huhuhu.... Nak spend time dating dengan hubby pun tak sempat....

Masih dalam mood raya....

13 Syawal - of course still in raya mood. Feel a bit better sebab kerja tertunggak berjaya disiapkan beransur-ansur. Puasa 6 - insya-Allah today is the 5th day and we decided that we'll finish it off tomorrow. Semoga dipermudahkan. Again, pics raya. This time with my students - TMA2 for subject MGC4013 (cuba teka subjek apa?)....We had a simple celebration for raya (enjoying cookies + kerepek + drinks) and then a quick photo session dengan background yang cantik (puji sikit bangunan FEM). Pics: credit to Mr. Farouq (yang tiada di dalam gambar). Kesian kat dia, hihihi....By the way punya la pulun amik gambar baru realized sorang student missing. Bukan rezeki dia la nak bergambar with me (perasan glamor la tu, macam semua orang nak amik gambar dengan aku, hehehe).... P/s: Can you guys spot me in both pics? Macam tak ada beza kan dengan diorang? Sah la aku nie muda lagi, sama jer gayanya, macam student ;oD

AidilFitri 1431H

Salam Lebaran everyone, masih dalam mood raya sebenarnya but I've started working yesterday....Office sunyi, nak buat kerja pun takde mood tapi kerja masih bertimbun, huhuhu....Kutetap gagahkan diri menyudahkan kerja-kerja yang tertunggak.... Rindu my parents, siblings, nephew and nieces, relatives, semua la....I'm glad that sempat spent masa berbuka posa with them before raya & sempat spent malam raya & pagi raya with them too (except Tawfiq yang ada kat Korea & Baydah kat India)....Very very happy. Enjoy the pics ;oD With Tish Tish (Balqis Humayrah) Karenah cucu-cucu ayah & mak Our big family Mintak ampun dengan hubby ~Us~ Santai kat umah tok

Nak raya.....

Raya nak dekat, tapi kenapa tak rasa macam nak raya? Guys especially @ FEM, jawab, jangan tak jawab. Sebab utama: Banyak kerja tertunggak....Tak suka berhutang kerja nie, tapi serius, kerja latest yang dapat nie memang memeningkan....Takpe, yang penting kena jugak usaha nak buat kan? Ish, ish, tengok jer rasa nak "vomit", boleh tak? Menguap jangan kata la....Ya Allah, tabahkan la hati hamba-Mu ini.... Seperti biasa, persediaan raya adalah serba sederhana. Kami memang jenis simple kan? Turn raya? Well, sebelum posa (last 2 years lagi dah sebenarnya - since 2008) memang dah tahu turn masing-masing so ikut jer giliran tanpa banyak soal ;oD Ini adalah tahun ketiga raya kat Malaysia setelah 2 tahun raya kat Brissy. Sabrina, aku rindu nak celebrate Eid Mubarak dengan ko kat sana, huhuhu.... Sempena kedatangan Syawal 1431H, aku menyusun sepuluh jari mohon ampun & maaf atas segala kesalahan & kesilapan yang telah aku lakukan, secara sengaja atau tak sengaja. Aku hanya insan b...

10 Terakhir

Kita dah memasuki 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Kejap jer masa berlalu kan? Ramadhan bakal berlalu meninggalkan kita, Syawal bakal menjelma. Rasa tak puas lagi bersama Ramadhan, rasa masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri ini. Ramadhan bulan berkat, bulan rahmat, bulan yang penuh kasih sayang, bulan menggandakan amalan. Semoga masih diberi kesempatan merasai Ramadhan yang akan datang..... Moga aku sempat mengejar untuk habiskan tadarusku pada tahun ini, insya-Allah.

Sedih....

hari-hari baca paper, ada jer baby yang dibuang, janin yang dibuang....Mana perginya perikemanusiaan kita sampai sanggup buang bayi yang tak berdosa sewenang-wenangnya? Yang berdosa tu mak & ayah baby, kenapa baby yang jadi mangsa? Dah la berdosa sampai lahirnya baby tu, pastu dosa lagi sebab membunuh. Tak ker berganda-ganda dosa? Insaflah.... Kenapa kes buang bayi meningkat? Kenapa kes remaja hamil luar nikah meningkat? Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini, banyak pendedahan telah dibuat di akhbar-akhbar, banyak perbincangan telah dilakukan bagi menangani isu ini. Tapi hasilnya? Kes-kes berkaitan terus meningkat dari hari ke hari.... My opinion, the key words yang perlu kita renung-renungkan adalah "jauhi zina". Untuk jauhi zina, kenalah jauhi mukaddimah untuk terjadinya perbuatan zina itu. Nak menguatkan diri daripada terjebak ke lembah zina, kuatkanlah iman kita. Nak kuatkan iman kita, dampingilah pencipta kita Yang Maha Esa. Back to basic - semua ini ...

Ramadhan 1431

Salam all....Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga ibadah kita tahun ini lebih baik, diberkati dan diterima oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.... Happy fasting ;oD Tadarus al-Qur'an jangan dilupakan....

Late reply.....

Ok guys, I'm very sorry for a late reply....to everything....And very sorry too if I did not wish you guys happy birthday etc....I really depending on my fb before to remind me of every event but since I've started working again, no more fb (kena block la)....So, no more regular updates, huhuhu....Online after office hours @ my home? Kirim salam la dengan celcom broadband yang entah apa apa ntah tue....Bayar mahal2 pun tak worth.... Guys, sorry sesangat yer....

Ad Hoc

Everything happened to me nowadays needs an ad hoc solutions. What I've planned earlier do not work at this moment. However, it seems that I've got a hint before it happened. Normally these hints came across when I wake up in the morning. It's hard to explain - it's just like your gut feeling ( a strong belief about someone or something which cannot completely be explained and does not have to be decided by reasoning). Well, I have to learn to make a quick changes and decisions to my original plans. It's very hard actually, since I love to stick on what I've planned. But when you deals with other person, you need high tolerance in such matters. I'm just human....

Mengemas....

Mengemas? Kemas apa yer? Macam-macam ada....Mengemaskini dokumen-dokumen penting, mengemaskini kepala otakku ini dengan up-to-date information on workload yang baru etc.... Mengemas umah pun ada....Yang nie lagi pening kepala - bab-bab cuci umah memenatkan. Pastu memindah & menyusun barang pun memenatkan, almaklum la space limited, barang banyak (banyak sebab suka mengumpul entah apa-apa barang la - hubby kata sampah pun aku suka simpan).... Entah, pening memikir dateline + kerja-kerja lain....Memang excited nak dok umah sewa sendiri tapi mengenangkan masuk umah bukan masuk cuci kaki (entah betul atau tak perumpamaan yang aku pakai nie), jadi less excited, huhuhu.... Doakan yang terbaik....

Rindu mak

Baru seminggu lebih duduk berjauhan dengan mak, rindu sangat. Mak pun tak boleh dengar my voice over the phone, tak sempat cakap apa lagi pun dia dah nangis, huhuhu....Kalau mak nangis, aku pun automatic akan nangis....Aku tahu, mak sunyi sebab aku takde. Maklumlah, 2 years we stayed with my parents when I was studying @ UUM. Really missed the opportunity to spend more time with my parents. Bagi la masa banyak mana pun, aku still rasa tak cukup....Rindu mak sangat-sangat. Love you so much mum.

Ya Allah - Wali

Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah jangan Kau coba aku Melebihi batas mampu dan sanggupku Ya Allah bila memang Kau coba Aku percaya Kau sayang padaku Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah lindungilah diriku Dari yang menjahati menzalimiku Ya Allah Kaulah Maha Segala Engkaulah pelindung hidup dan matiku Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Rabbi Ya Allah Ya Allah jangan Kau coba aku Melebihi batas mampu dan sanggupku P/s: Minat plak dengar lagu nie. First time dengar - ring tones (sms) Junaidah, my office mate.

Mixed....of everything.....

I'm not emotionally stabled - that's the best phrase to desribe myself at this moment. Why? I also don't know. A bit sensitive lately, maybe....I've been trying to be myself again but I don't think that I'm being myself. Lack of self-confidence, this is not me.... Babe @ Sabrina, I missed sharing everything with you, lots and lots to be shared. I guess that if we meet someday, it's gonna be a very long chat - for sure 3 days and 2 nights is not enough ;oD p/s: Babe, I cried when I read your entry about angah....

June 2010

Menghitung hari....kembali bekerja....My feelings? Entah la, semua perasaan ada la....Sibuk skang nie, tengah siapkan thesis writing (one more chapter to go), pastu tengah cari umah sewa, mana nak siapkan paper for conference @ Singapore....macam-macam ada....Pastu menghitung hari my life without my parents - 2 years we've been staying with them, huhuhu....So, banyak sungguh perubahan yang akan datang kan? 2 years ago - started my journey as one of UUM students. After 2 years - masih belum puas rasanya mengecapi nikmat sebagai seorang student. Masih banyak yang perlu dipelajari, masih banyak yang perlu dipertingkatkan. Belajar sampai bila-bila, jangan sesekali berhenti belajar kerana hidup ini sebenarnya suatu pelajaran dan pengajaran buat kita - tak kira la dalam bentuk apa sekalipun.... Menghitung hari menjelang 30 - February 2011. I'm getting older, I guess that I'm more matured than 10 years ago, hahaha....Dalam banyak perkara yang diingini, hanya tinggal satu yang mema...

Studio Pics - 5th Wedding Anniversary

These pics were taken @ MyWedding Studio - sempena our 5th anniversary.

Perjalanan masih jauh....

This entry will be in Malay + English = Manglish - so boleh tulis panjang-panjang sikit. If Hafiz AF ada lagu Masih Jelas, I do have a song "Masih Jauh"....Apa yang jauh? Perjalanan hidup inilah yang masih jauh, tak jelas & kabur....Kena banyak bersabar dalam menempuhinya....Sebaik-baik manapun perancangan kita, He is the best planner. Kita boleh merancang, tapi Dia yang menentukan. Berfalsafah plak aku pada hari Jumaat yang penuh barakah nie.... I'm at Toyota Service Prai when I'm writing this entry. Waiting for my Vios to be serviced again - this time ganti alarm system + rear absorber yang leaking (both are still under warranty) + complaint on last service - break still bunyi bising biler ditekan & last service kata dah repair. Well, it is not easy to maintain a car (what happened when we have more than one car?).... On our wedding anniversary, I had a meeting with my supervisor. Well, the meeting took almost 1 hour +++, as usual. He pushed me to complete m...

Happy 5th Anniversary to EndMaya @ MayaEnd

5th of May 2010 - it has been 5 years since 5th of May 2005. I'm ery glad to have you as my best friend, my partner, my husband, my other half. You completed my life sweetheart ;oD Happy 5th Anniversary to us ~ EndMaya @ MayaEnd ~ "Love brought us together as husband & wife. And gave each of us a best friend for life"

First time .... main bowling

For the first time in my life - I played bowling with my siblings ;oD My performance for the first time: second last for two games, out of 10 players all together. However, second game showed some improvement. I only managed 66 pins for the first game and 98 for the second one. I guess, it's not that bad for a BEGINNER like myself ;oD Really enjoyed playing bowling with my siblings & in-laws. Thanks for the moral support guys ;oD After bowling session, off to Sunway Carnival for the favorite drink: Coolblog. Blueberry milk tea + pearls (2)....

Yang Terindah - Dakmie (OST Adamaya)

Tengah giler tengok drama nie kat TV3 sebenarnya....Adamaya....Tak pernah miss lagi watch drama nie, at the moment la. All together - 23 episodes. And the most important - suka dengar soundtrack drama nie (sama dengan soundtrack I'm Not Single). Semenjak kau hadir dalam hidupku Tiada lagi keresahan Kau mengetuk pintu hatiku Tanpa sedar hingga ku izinkan Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah Maaf jikaku tidak sempurna Tika bahagia mula menjelma Bila keyakinan datang merasa Kasih disalut dengan kejujuran Mencintai dirimu Merindui dirimu Memiliki dirimu Hingga akhir hayat bersama kamu Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang ilhamkan bahagia Hingga aku terasa indah Kau yang bernama cinta Hingga aku rasa indah P/s: Lagu nie khas buat my other half - sempena anniversary kita yang ke-5 ;oD

Welcome Baby Lecca @ Layca

Alhamdulillah, my sister safely delivered a baby girl @ 10.30 pm yesterday. I told her earlier that if the baby is girl (as what expected), I will call her baby Lecca. Baydah spells Lecca as 'Layca' - it just a nickname from us (not sure what's gonna be her real @ full name though). Kak Chik & Fendi, we are very happy for both of you. Congratulations. Welcome baby Lecca @ Layca - mak ngah & pak ngah love you so much, mmmmuuuuuuaaaaaahhhhhhh ;oD

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta Mengucap satu nama Seindah goresan sabdamu dalam kitabku Cinta yang bertasbih Mengutus Hati ini Kusandarkan hidup dan matiku padamu Bisikkan doaku Dalam butiran tasbih Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang Sujud sukur padamu atas segala cinta

Al-Fatihah

Al-Fatihah to dad Aida Wirdati yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 12.45 a.m. Jenazah akan dikebumikan pada pukul 3.30 p.m. at Balik Pulau. Takziah to Aida Wirdati & family. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Sama-sama la kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah. P/s: Rasa macam baru jer semalam jumpa dad, masa Dati kahwin. Sempat jugak arwah tengok anak bongsu dia mendirikan rumahtangga. Semoga Dati tabah menghadapi dugaan ini, insya-Allah.

Twenties Girl

I've finished off reading this novel last nite. Well, it's pretty amazing that Sophie Kinsella wrote a novel on ghost a.k.a. guardian angel. Sadie (the guardian angel in this novel) was very annoying sometimes but it works in forcing Lara to search for her missing precious dragonfly necklace. The plot is as follow (taken from Wikipedia ): Lara is a twenty seven year old girl who has always had an overactive imagination. At the funeral of her great-aunt Sadie, she gets visited by her ghost, in form of a bold, demanding, Charleston-dancing girl. Sadie has one particular request: she can't rest without her precious dragonfly necklace, and asks Lara to find it for her. But Lara has a lot of problems of her own, such as her job and the fact that she had just been dumped by Josh, the love of her life. The more Lara spends time with Sadie, life becomes more glamorous and their treasure hunt turns into something intriguing and romantic. Really enjoy reading this novel ;oD Highly re...

Langkawi

Still @ Langkawi....Dah beberapa hari tak online, nervous nak present paper. Padahal sampai sudah tak prepare apa sangat pun....Attended conference for 3 days and now it's time for us to ronda-ronda pulau Mahsuri....Presentation? Well, not too bad la (but I'm always thinking that I'm the worst presenter). Got no question for me - it means either orang faham apa yang I present atau sebenarnya diorang langsung tak faham apa yang I merapu kat depan tue, hahaha....Still, I need to improve my presentation skills. Nervous sangat - pastu bila dah nervous tendency cakap laju-laju + pronunciation tunggang terbalik (lidah terbelit cakap omputih nie)....Apa yang best biler attend conference or seminar nie ialah kita akan kenal ramai orang. Networking process and this is very important to everyone, tak kira la academician ker, entrepreneur ker, student pun sama.... Aktiviti kat Langkawi? Timetable for this conference was too tight - nak curi masa sangat pun susah. I plak memang jenis y...

Hari yang penuh dugaan

Plan nak ke Alor Star naik bas jer kat Butterworth - tapi bas penuh, kena berasak-asak. Hubby tak suka keadaan yang macam tue. So hubby hantar la pi umah my uncle so that boleh tumpang dia ke UUM. Kesian my other half - drive sorang2....Nasib la ada Ulfah jadi peneman - tapi budak kecik pun mana boleh buat teman bersembang, huhuhu.... Pastu dah sampai umah my friend, tengah seronok iron baju tup tup black-out la pulak. Tension - panas, kerja tak siap, semua perasaan ada. Almost 1.5 hours without electricity now. Slides for tomorrow's presentation pun belum siap. I can't go nowhere since no car, no hubby with me this time. My friend terpaksa balik Penang - unexpected thing happened. Ya Allah, tabahkanlah hamba-Mu ini. Semoga elektrik akan ada secepat mungkin....dah nak malam nie....

Thanks everyone....

for the birthday wishes ;oD Thank you very much for the gifts too...Million thanks to my parents for the lovely dinner @ Restoran Pokok Manggis. Thanks you to my siblings yang hadir memeriahkan dinner....Maaflah to my siblings yang dok jauh & takleh attend my birthday dinner...Next time we'll have dinner together yer.... Thank you very much to my buddies yang memenuhkan my wall @ facebook dengan birthday wishes. Thank you for remembering one of my special day. Really appreciated it guys....Sabrina, great to receive your call - live from Brissy with lagu birthday yang special (sebab dinyanyikan oleh ko yang mmg amat special). Happy for you too - all the best in whatever you do. Last but not least, to my other half @ Chepok - thank you for everything....You're my best friend, you're everything to me ;oD

February 2010

It's February 2010 already. Cepatnya masa berlalu. Banyak lagi yang masih belum settle, banyak pulak dugaan yang mendatang, huhuhu....My problem: susah nak recover if something happened - kalau sedih asyik nangis jer teringatkan apa yang berlaku....Life must go on kan? Forget about the past, let's focus on the current life & think + plan for the future. Hope that it will be a better one for me, for us.... What's the problem? It's too personal - I don't think it's appropriate to share it here....We are in the process of solving it together. Apa-apapun, dugaan yang datang menguatkan lagi hubungan kami. Please pray for us yer..... 2 days to go....I'll turn 29 this year. Makin tua, hope that I'll be more mature, more responsible, more on everything positive attitude. Doakan semoga kami dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri perkahwinan kami, insya-Allah....Doakan juga semoga aku berjaya tamatkan pengajianku....

Aida & Azmi

To all member soksek batch 94-98, jom kita layan photos & slideshow wedding Aida & Azmi @ http://blog.endmayastudio.com/ To Aida Wirdati & Azmi: Happy Wedding & live happily forever and ever....

Weekend

yang biasa...I'm supposed to attend Aida & Azmi's wedding reception @ Shah Alam but my stomach does not allow me to do so...Again, diarrhea makes me feel uncomfortable. Last nite (during sleeping hours), I woke up 3 times - toilet time. This morning, still, I don't feel like going out & meet my friends at the wedding since I have a new temporary friend at the moment - toilet a.k.a. washroom a.k.a. bathroom a.k.a the loo...This time, I don't know what's wrong with my stomach but last Friday, I suspected it was caused by dodol that I ate earlier on. Yesterday, maybe because of 'buah ciku' yang tak berapa fresh...Since when my stomach becomes so sensitive?

Happy Birthday Dad

Happy 54th birthday to our wonderful + superb DAD. May Allah Bless you always, may all your wishes will come true.... May this birthday brings you lots of love and happiness always.... We love you so much DAD!!!

Twitter

New thing to be explored - after having a friendster & facebook account. Feel free to become one of my followers. It's a private account so approval will be granted to those whom I really know and familiar with. I'll be updating my facebook & twitter accounts regularly (of course during my leisure time @ when I'm stuck with my progress). Friendster? Well, I will say that I prefer facebook than friendster & most of my friends that have friendster also have a facebook account too. So most of the time, we meet in facebook. We knew about each other also from facebook. It's a great communication tools right? Well Twitter, welcome to my world ;oD

Syukur

Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk terus bernafas di bumi-Nya, untuk hidup di samping insan-insan yang aku cintai, untuk kecapi segala nikmat kurniaan-Nya. Itupun adakala sebagai insan biasa yang lemah & hina, aku selalu terfikir kenapa ada perkara yang aku nak sangat tapi aku belum dapat. Aku belum cukup mensyukuri nikmat-Nya. He knows what's the best for me, for everyone. Thank God, for everything that I have now. Pemergian mengejut one of my junior @ high school masa tahun 2010 baru saja menjelma amat mengejutkan. Aku melayan kesedihan sendiri. Walaupun aku sekadar mengenalinya sebagai seorang junior, aku masih boleh menggambarkan wajahnya - senyumannya yang sentiasa menghiasi indah wajah lembutnya itu. Kalau yer pun kami berhubungan - hanya di alam maya. Friendster & facebook la yang memungkinkan semuanya. Aku ikuti perkembangan terkini allahyarhamah semuanya melalui friendster & facebook - saat dia kahwin dengan one of my junior j...

Happy New Year

Still in new year mood....Masih belum terlewat, Salam Maal Hijrah & Happy New Year 2010 everyone. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelum sebelumnya. Azam tahun baru? Banyak sangat, tak habis tulis lagi....Yang penting, azam on my study la....Doa-doakan semoga dipermudahkan perjalanan ini.... P/s: Baru dapat tau my junior @ high school passed away....Al-Fatihah to allahyarhamah Suhieda Sukiman & takziah to Aswad (her hubby & also my junior). Aswad, stay strong. The kid needs you....