Skip to main content

Ada gak orang macam tue kan???

This entry is in Malay....Dalam dunia nie, ada pelbagai jenis manusia, dengan pelbagai ragamnya....Tapi yang paling aku tak berkenan (paling tepat: menyampah) adalah orang-orang yang hobinya menyindir + menyibuk hal orang lain tapi tak ingat nak cermin @ tengok diri sendiri....Dah memang sejak azali, aku susah nak marah orang "on the spot" sebab aku ni jenis memendam perasaan. Kekadang dalam hati dah menyumpah tapi mulut tak berkata-kata....Mungkin ada bagusnya sebab aku nie jenis kalau "smash" orang, orang tue pasti ingat sampai mati la apa yang aku "smash" tue....So aku bersyukur sangat Allah memeliharaku dalam hal-hal berkata-kata ini (walaupun sekali-sekali terlepas jugak)....

Tak kisah nak menyindir, biarlah bertempat dan berpada-pada. Dah kalau ko tue buat lagi teruk dari tue, tak payah la nak menyindir orang. Kot yer pun dah 2nd time aku makan, takde la aku amik 17 bungkus (aku pun ada sense nak ingat pada orang yang belum makan). Lain la macam ko, siap bungkus sebab nak bagi jamuan kat tadika anak ko, apa hal??? Dah tue, bila tak terlibat dalam penganjuran majlis yang orang lain organize, muka ko la yang cepat jer biler tiba time makan-makan nie. Aku yang jadi AJK Makanan nie pun tengok jer la, siap bertambah-tambah ko makan tak plak aku bising walaupun participants tak turun pun makan lagi. Apa hal??? Ada ko tahu hati aku berdebar-debar makanan tak cukup untuk orang yang sewajarnya?

Kalau ko jealous pun tengok aku pi IKEA, ko pegi jer lah sana kalau ko teringin. Yang penting, aku pi hari minggu, bukan hari kerja. Kalau ko rasa ko takde masa, ko punya pasallah. Yang ko nak menyindir orang yang ada masa macam aku (sebab boleh pi IKEA) ni apa halnya. Ada aku amik masa ko ker sampai dah tak cukup 24 jam masa ko dalam sehari? Aku kerja kerja gak, tapi still aku peruntukkan masa untuk "me" time, family time, outing time. So what???

Aku geram dengan orang-orang yang macam nie....Nampak jer baik, belajar agama dah sah la tinggi daripada aku (orang grad syariah) tapi cakap main ikut suka. Bab berprasangka tu jangan kata la, memang juara. Entah la, apa nak jadi dengan orang zaman skang nie....Aku memang tak balas direct jer biler incident tu berlaku tapi aku takut biler dah lama sangat aku pendam, one day aku meletup baru ko tahu sapa aku....

P/s: Memang tengah marah sangat masa entry nie ditulis, huhuhu.....


Comments

kak keyte, sabar je la.. takut adik baca entry ni..kepada org yg berkenaan 'dey,mau kena pokol ka?'..ggrrr..
ENDz said…
ayoyo minachi... saya ada takut jugak...
thambichi...kasi angah cool down...hehe...
puteri said…
sapa kacau kawan aku ni??? nak kena sepak ke??? nanti aku balik msia, kau bawak aku gi office kau ok... aku nak buat lagi mengada depan diorg tu!
Aini said…
ayooo..marahnyer..takut..takut..sabaq maya..orang ni mmg mcm2 ragam...tambah2 klu nmpk kita ni mcm senang dibuli..huhuhu..

Popular posts from this blog

Setahun tanpa post

Seriously, tengok-tengok dah setahun tak mencoret apa-apa kat blog ni. Biar betul....Tapi itulah hakikatnya. Sampai terlupa  la ada blog, yang dah bersawang  ni . Kena vacuum sikit hari ni....Selamat berpuasa semua (sebelum merapek tak tentu hala). Updates? Rasanya banyak sangat yang jadi dalam tempoh setahun ni. Our si tecik pun dah nak masuk 2 tahun tak lama lagi, kejap jer masa berlalu. Makin becok minah tu, banyak karenah dan ragam yang menghiburkan kami ;-D Kerja masih macam biasa, sekarang takde admin post so boleh fokus on self development sebenarnya. Masih merangkak-rangkak dalam dunia akademik yang mencabar ni. Doa - doakan yer . Hubby? Masih macam tu, makin kurus kot sebab dia jaga badan. Badan tuan empunya blog ni makin bambam, sebab kuat makan ;-D Tapi masih yer main netball. Naib johan lagi tahun ni kat sukan staf (memanjang naib johan, bila nak jadi johan?), hahaha. Bentuk & berat badan bukan penentu keaktifan dalam sukan, chewaaah. Sekarang tengah bua

June 2011 - an UPDATE

Bulan nie, memang students cuti tapi kami tak. So bersusun jadual penuh dengan meeting, bengkel, seminar dan sebagainya, pulun nak penuhkan 7 hari berkursus = 42 jam untuk CPD. If semester tengah berlangsung, susah sikit sebab kena attend lectures & tutorials. Target semester break nie adalah menghadiri seminar yang free, anywhere yang berdekatan & berkaitan, hehehe.... Apa plan weekend nie? Well, I will have a long weekend since amik cuti extra (of course tolak cuti tahunan). Baru setengah tahun, cuti pun dah banyak habis. Nak kena simpan untuk raya + konvo gak. Tapi masa semester berlangsung, bukan senang nak amik cuti. Buat plak kelas sepanjang minggu, confirm takleh apply cuti. If hari takde kelas jer baru boleh cuti. So masa semester break nie pulun la amik cuti. Long weekend nak pi mana? Hehehe, apa lagi, balik Kulim la. Masih belum berkesempatan tengok anak buah yang baru, Muhammad Naufal. Then ada wedding cousin, so alang-alang balik sana dapat gak makan nasik minyak. P

Doaku Untukmu Sayang - Wali Band

Selalu baca blog Ain, asyik dengar lagu yang sedap tu. So carilah liriknya....Counting days to 8 years this coming 5th May 2013 - this song is for you sayang , Endz Sophian. Kau mau apa, pasti kan kuberi Kau minta apa, akan kuturuti Walau harus aku terlelah dan letih Ini demi kamu sayang Aku tak akan berhenti Menemani dan menyayangimu Hingga matahari tak terbit lagi Bahkan bila aku mati Ku kan berdoa pada Ilahi Tuk satukan kami di surga nanti Tahukah kamu apa yang kupinta Di setiap doa sepanjang hariku Tuhan tolong aku, tolong jaga dia Tuhan aku sayang dia Tuhan tolong aku, juga jaga dia Tuhan ku pun sayang dia I love you so much.....