Skip to main content

Nak raya.....

Raya nak dekat, tapi kenapa tak rasa macam nak raya? Guys especially @ FEM, jawab, jangan tak jawab. Sebab utama: Banyak kerja tertunggak....Tak suka berhutang kerja nie, tapi serius, kerja latest yang dapat nie memang memeningkan....Takpe, yang penting kena jugak usaha nak buat kan? Ish, ish, tengok jer rasa nak "vomit", boleh tak? Menguap jangan kata la....Ya Allah, tabahkan la hati hamba-Mu ini....

Seperti biasa, persediaan raya adalah serba sederhana. Kami memang jenis simple kan? Turn raya? Well, sebelum posa (last 2 years lagi dah sebenarnya - since 2008) memang dah tahu turn masing-masing so ikut jer giliran tanpa banyak soal ;oD Ini adalah tahun ketiga raya kat Malaysia setelah 2 tahun raya kat Brissy. Sabrina, aku rindu nak celebrate Eid Mubarak dengan ko kat sana, huhuhu....

Sempena kedatangan Syawal 1431H, aku menyusun sepuluh jari mohon ampun & maaf atas segala kesalahan & kesilapan yang telah aku lakukan, secara sengaja atau tak sengaja. Aku hanya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan dalam hidup ini. Halalkan makan & minum sekiranya ada.



Credit to: my other half la ;oD


Comments

puteri said…
maya, aku pun rindu nak raya ngan kau jugak. ni hari ahad, aku kat office try nak buat reading, tak khatam khatam lagi... hari dah petang, nak buka dah. aku siap pakai baju kurung lagi ni...
MayaEnd said…
babe, rindu giler kat brissy esp. rindu nak cerita byk benda kat ko...Insya-Allah one day, bila ko dah balik for good, kita boleh raya sama-sama ;oD

Popular posts from this blog

Happy birthday Sayang

Hari ini birthday my other half, Nur Sophian Rifin @ Endz .   Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu, in shaa Allah.  Ummi & Aisyah sayang abi sangat-sangat.....

Mood hilang....

..... hanya sebab proposal program....Sebenarnya tak perlu teruk sangat pun, tak perlu detail sangat pun. Report program nanti yang akan detail... . Tapi hamba Allah ni   sangat  la bossy sejak akhir-akhir  ni . Macam-macam la komen sedangkan dah tanya bis boss dah, dia yang kata tak payah detail sangat cuma dia nak report yang complete. So? Stress tau, tapi taknak tulis kat FB atau insta sebab nanti ramai yang tahu. Nasib la blog ni ada, boleh la mengadu domba kat blog ni ;-D Anger management, anger management kena   betul   kan ? Nasib la aku jenis tak hentak2 atau baling2 benda kalau nak marah. Aku jenis kalau marah, aku yang nanges. So, baik la takyah marah . Penat ... . penat nanges   karang .... Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Ber...

Isteri Separuh Masa

Novel kedua Sury Ryana yang telah aku miliki & telah habis dibaca dalam masa hanya sehari (less than 12 hours). Nampak tak apa masalah aku skang? Aku memang gila membaca novel & amat cepat membaca novel Melayu. Cuma, untuk menjadi penulis novel tu tak le kot, takde bakat la ;-) Novel Isteri Separuh Masa baru dibeli di Popular Paradigm Mall pada 26 Mei 2012, aku start baca pukul 11.30 pagi 27 Mei 2012 (on the way fetch ayah kat airport & pi kenduri kat BBST), then continue baca masa on the way ke Hospital Selayang, masih khusyuk membaca kat Hospital Selayang & finished off bila sampai umah kat Nilai, before tido jam 10.30 malam.  Apa yang mempercepatkan pembacaan? Jalan cerita yang menarik, persembahannya yang santai tapi still ada unsur yang agak mencemaskan towards the end, gaya penulisan yang bersahaja & dekat di hati ;-) Best, sama jer rasa masa baca M.A.I.D. Kesimpulannya: sebuah novel yang harus dimiliki & dibaca pada masa lapang ;-D To...