Skip to main content

Jumaat - Banyakkanlah berselawat

Ada satu tazkirah Ramadhan yang diterima daripada Ustaz Abdullaah Jalil, so just nak berkongsi untuk panduan & ingatan kita bersama. Sharing is caring ;-D

[HADITH 1: Memperbanyakkan Selawat Pada Hari Jumaat]

[Imam] Abu Daud telah melaporkan di dalam kitabnya “al-Sunan” daripadat Aws Ibn Aws bahawa beliau berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya di antara hari-hari kamu yang terbaik adalah hari Jumaat: padanya diciptakan [Nabi] Adam a.s., dan padanya baginda diwafatkan, padanya tiupan sangka kala, padanya lah kematian seluruh penduduk bumi dan langit, maka perbanyakkanlah selawat ke atasku padanya (hari Jumaat), sesungguhnya selawat kamu semua dibentangkan kepada ku.”

“[Aws Ibn Aws] berkata: Mereka pun berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah dibentangkan selawat kamu kepada mu sedangkan engkau telah pun hancur di dalam bumi? Mereka juga berkata: Sedangkan engkau telah reput. Maka Baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Agung telah mengharamkan ke atas bumi jasad-jasad para Nabi. [a.s.]”

“Semoga Allah melimpahkan rahmat bersama penghormatan dan kesejahteraaan ke atas Baginda”

Maka perbanyakkanlah selawat ke atas Nabimu s.a.w. pada hari yang mulia ini (Hari Jumaat) dan hari-hari yang lainnya. Sesungguhnya padanya keistimewaan bagi kamu dengan keberkatan dan kebaikan Baginda s.a.w. Dan kamu akan menjadi orang paling layak di sisi Baginda s.a.w. pada Hari Kiamat kelak, dan orang yang paling hampir dengan Baginda s.a.w. di syurga nanti.


Comments

Popular posts from this blog

Happy birthday Sayang

Hari ini birthday my other half, Nur Sophian Rifin @ Endz .   Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu, in shaa Allah.  Ummi & Aisyah sayang abi sangat-sangat.....

Mood hilang....

..... hanya sebab proposal program....Sebenarnya tak perlu teruk sangat pun, tak perlu detail sangat pun. Report program nanti yang akan detail... . Tapi hamba Allah ni   sangat  la bossy sejak akhir-akhir  ni . Macam-macam la komen sedangkan dah tanya bis boss dah, dia yang kata tak payah detail sangat cuma dia nak report yang complete. So? Stress tau, tapi taknak tulis kat FB atau insta sebab nanti ramai yang tahu. Nasib la blog ni ada, boleh la mengadu domba kat blog ni ;-D Anger management, anger management kena   betul   kan ? Nasib la aku jenis tak hentak2 atau baling2 benda kalau nak marah. Aku jenis kalau marah, aku yang nanges. So, baik la takyah marah . Penat ... . penat nanges   karang .... Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Ber...

Doaku Untukmu Sayang - Wali Band

Selalu baca blog Ain, asyik dengar lagu yang sedap tu. So carilah liriknya....Counting days to 8 years this coming 5th May 2013 - this song is for you sayang , Endz Sophian. Kau mau apa, pasti kan kuberi Kau minta apa, akan kuturuti Walau harus aku terlelah dan letih Ini demi kamu sayang Aku tak akan berhenti Menemani dan menyayangimu Hingga matahari tak terbit lagi Bahkan bila aku mati Ku kan berdoa pada Ilahi Tuk satukan kami di surga nanti Tahukah kamu apa yang kupinta Di setiap doa sepanjang hariku Tuhan tolong aku, tolong jaga dia Tuhan aku sayang dia Tuhan tolong aku, juga jaga dia Tuhan ku pun sayang dia I love you so much.....