Dah lama tak update blog nie, sebab tak berkesempatan + takde idea apa nak update walaupun banyak perkara yang berlaku kebelakangan ini. Of course, tengah sangat teruja dengan kehadiran baby - Aisyah Humayra' ;-D So, most of the time memang hanya terfikir pasal dia. Almaklumlah, after 7 years of waiting....
Busy? Definitely, manalah tak pernah busy....Kerja semakin bertambah, banyak yang nak kena buat tapi kekadang takde mood nak buat tue yang jadi slow. Akibatnya? Banyak kerja yang tertangguh....Ke manalah hilangnya mood, kembalilah padaku....
Satu lagi yang buat bertambah busy adalah - nak berpindah rumah. Alhamdulillah, ada rezeki lebih untuk mendiami rumah sendiri. So, sangatlah tak suka packing & unpacking tapi nak kena buatlah jugak sebab nak pindah kan? So, insya-Allah by end of this month akan settle la perpindahan ini (kena cepat-cepat sebab umah skang diorang nak pakai palang automatik la pulak - malas nak layan JMB yang tak tetap pendirian ni). Nak tengok sampai bila la akan bertahan sebab pakai palang automatik nie still perlukan pak guard - bukan fully-machine operated. Buatnya lori sampah nak masuk, ada ker nak diberi access card? Macam mana plak dengan tetamu? Takkan nak suruh diorang park kereta kat luar kawasan & jalan kaki masuk dalam? Maka, berkuranglah kunjungan tetamu, saudara-mara & sahabat handai sekiranya layanan sebegini diberikan (aku la sebenarnya yang banyak tetamu datang - sebab tue aku paling concern bab-bab kesenangan untuk tetamu datang ke rumah aku)....
November - Disember 2012 yang bakal busy dengan macam-macam termasuklah bengkel-bengkel di dalam & luar. Bilalah boleh bercuti panjang (tak sedar diri yang cuti pun bukannya tinggal banyak lagi)....Nak pergi bercuti dengan my other half & baby, tapi ke mana yer???
Comments