Ala, dah lama dah masuk 2013 baru nak welcome? Well, memang sangat la tak sempat, tengok-tengok dah bulan Februari....Alhamdulillah, 3 Februari 2013, genaplah usia aku 32 tahun. Syukur pada Allah kerana masih berikan aku peluang bernafas di dunia ini....Masih kurang ibadatku pada-Mu Ya Allah, maka Kau tetapkanlah imanku untuk terus berada di jalan-Mu, ameen.
Nak reply wishes kat fb pun tak sempat ok, so sorry yer. Memanjang kerja, then penat, then kerja lagi....Macam-macam diperlukan sekarang, sampai kekadang tak tahu nak buat yang mana satu. So, redah jer....
Hari nie, aku curi-curi masa update blog yang dah bersawang nie. Takde apa yang special sangat pun melainkan kerja, kerja, kerja....Kelas dah nak start, semester baru dah nak bukak tapi aku rasa macam tak sempat nak bernafas jer nie. Macam takde break la....Terkejar-kejar membahagikan masa antara dua office, sampai permanent office ni nampak macam stor jer sebab aku tak sempat kemas, huhuhu....Sangatlah jealous tengok bilik kawan aku kat sebelah nie, Kak Intan. Bilik dia sangatlah tip top & kemas....Sebab bilik aku macam stor, aku rasa orang boleh nampak macam mana serabutnya aku di kala ini kan?
Aku hanya insan biasa, so aku cuba buat yang terbaik dalam apa jua amanah yang diberikan. Memang tak sempurna sesuatu yang aku buat, sebab kekadang aku memang mengejar masa....Mana nak spend dengan Aisyah yang manja dan aku taknak sampai rumah pun bawak balik kerja, walaupun aku buat jugak macam tue if benar-benar terpaksa. Kesian, masa Aisyah demam, aku plak dah due key-in markah, sampai kena peluk dia tapi still buat keje. Nasib ada hubby yang tolong....
Bukan taknak buat apa-apa after office hours, tapi kalau boleh biarlah settle dalam masa office hours. Kekadang memang la terlajak tapi bukanlah rutin kan?
* Mode: Mengharapkan yang terbaik & semua memahami....
Comments