Seriously, tengok-tengok dah setahun tak mencoret apa-apa kat blog ni. Biar betul....Tapi itulah hakikatnya. Sampai terlupa la ada blog, yang dah bersawang ni. Kena vacuum sikit hari ni....Selamat berpuasa semua (sebelum merapek tak tentu hala).
Updates? Rasanya banyak sangat yang jadi dalam tempoh setahun ni. Our si tecik pun dah nak masuk 2 tahun tak lama lagi, kejap jer masa berlalu. Makin becok minah tu, banyak karenah dan ragam yang menghiburkan kami ;-D Kerja masih macam biasa, sekarang takde admin post so boleh fokus on self development sebenarnya. Masih merangkak-rangkak dalam dunia akademik yang mencabar ni. Doa-doakan yer.
Hubby? Masih macam tu, makin kurus kot sebab dia jaga badan. Badan tuan empunya blog ni makin bambam, sebab kuat makan ;-D Tapi masih yer main netball. Naib johan lagi tahun ni kat sukan staf (memanjang naib johan, bila nak jadi johan?), hahaha. Bentuk & berat badan bukan penentu keaktifan dalam sukan, chewaaah.
Sekarang tengah buat apa? Of course tulis blog, hahaha. Tak la, menyambil sambil marking exam scripts ni. Tulisan students, ya ampun. Sakit mata & turun ke hati jadinya. So, melarikan diri sekejap dari kesakitan itu dengan meng"update" apa yang patut kat blog ni. 1st - perasan tak dah tukar theme? Ha, itu jer la yang mampu dibuat. Pastu adjust layout sikit supaya cantik di mataku.
Hobi? Masih sama, baca novels Melayu & English. Main-main dengan si mochot sorang tu, berangan sebab berangan tu free....What else? Paper crafts dah lama tak buat sebab si tecik tu tengah melasak so kurang masa nak mengunci diri dalam bilik & mencari ilham. Window shopping esp online, suka tengok shawls & dress yang cantik-cantik. Pastu cari resepi & tak buat pun resepi yang dicari beriya-iya, hahaha. Then, minat hijab pins yang customize gitu. Koleksi hijab pins - dah banyak la jugak, hehehe. Cuma taknak tunjuk jer, kang kata show off, hahaha.
Ok la, setakat ni dulu kot entry pemanas badan setelah setahun tak menulis a.k.a. membebel kat sini (bukannya ada sesapa yang baca pun blog ni). Till we meet again. Have a barakah Ramadhan everyone, in shaa Allah.
Comments