Skip to main content

Nak raya.....

Raya nak dekat, tapi kenapa tak rasa macam nak raya? Guys especially @ FEM, jawab, jangan tak jawab. Sebab utama: Banyak kerja tertunggak....Tak suka berhutang kerja nie, tapi serius, kerja latest yang dapat nie memang memeningkan....Takpe, yang penting kena jugak usaha nak buat kan? Ish, ish, tengok jer rasa nak "vomit", boleh tak? Menguap jangan kata la....Ya Allah, tabahkan la hati hamba-Mu ini....

Seperti biasa, persediaan raya adalah serba sederhana. Kami memang jenis simple kan? Turn raya? Well, sebelum posa (last 2 years lagi dah sebenarnya - since 2008) memang dah tahu turn masing-masing so ikut jer giliran tanpa banyak soal ;oD Ini adalah tahun ketiga raya kat Malaysia setelah 2 tahun raya kat Brissy. Sabrina, aku rindu nak celebrate Eid Mubarak dengan ko kat sana, huhuhu....

Sempena kedatangan Syawal 1431H, aku menyusun sepuluh jari mohon ampun & maaf atas segala kesalahan & kesilapan yang telah aku lakukan, secara sengaja atau tak sengaja. Aku hanya insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan dalam hidup ini. Halalkan makan & minum sekiranya ada.



Credit to: my other half la ;oD


Comments

puteri said…
maya, aku pun rindu nak raya ngan kau jugak. ni hari ahad, aku kat office try nak buat reading, tak khatam khatam lagi... hari dah petang, nak buka dah. aku siap pakai baju kurung lagi ni...
MayaEnd said…
babe, rindu giler kat brissy esp. rindu nak cerita byk benda kat ko...Insya-Allah one day, bila ko dah balik for good, kita boleh raya sama-sama ;oD