Skip to main content

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Hari ini USIM sungguh bertuah kerana rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah berlangsung di DKP3, USIM. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam rakaman ini, khususnya kepada ahli Fakulti Ekonomi & Muamalat yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, bersama-sama penaja utama Bank Muamalat, RTM & JAKIM. Sekali lagi tahniah diucapkan. Walau bagaimanapun, amat ketara penglibatan ahli fakulti adalah pada penghuni Level 4. Bila kerja-kerja remeh macam nie, memang Level 4 yang mengambil bahagian. Tapi bila info-info tidak sampai kepada pihak tertentu, Level 4 yang dipersalahkan. Memang dah biasa sangat berlaku perkara macam nie, sampai aku malas nak ambil peduli. Lebih-lebih lagi bila isu email aku diperbesar-besarkan. Lantaklah kat korang.


Rakaman forum kali ini melibatkan dua sesi, dengan dua tema yang amat menarik sekali. Sesi pertama rakaman mengupas tentang isu Hayya 'Alal Fallah, dengan pengkhususan perbincangan berkisar tentang penjanaan ekonomi Islam. Sesi ini dikendalikan oleh moderator, Encik Rizal Ramli bersama 2 panel yang tidak asing lagi di Malaysia. Panel pertama adalah Y. Bhg. Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim (pasti teringat KFC kan?) dan panel kedua adalah Encik Azizi Che Seman, Pengerusi Panel Shariah Bank Muamalat Malaysia Berhad. Best sangat, Tan Sri memang very humble person.


Sesi kedua berlangsung selepas sesi pertama, dengan tema "Roh Tergantung". Ngeri kan dengar tema nie? Namun, isu ini amat penting kerana ia berkisar tentang kewajipan membayar hutang yang implikasinya besar dalam kehidupan seharian kita. Moderator masih Encik Rizal Ramli, dengan panel pertama dari USIM sendiri, Dr Amir Shaharuddin, Timbalan Dekan FEM dan Prof. Madya Dr Mohamad Sabri Haron, ahli panel Shariah Bank Muamalat Malaysia Berhad.


Kesimpulannya, kedua-dua sesi forum yang dirakamkan berjalan dengan lancar. Isu yang dikupas juga amat penting buat Muslimin & Muslimat di Malaysia khususnya, dan juga di mana-mana mereka berada. Banyak pengajaran dapat dipetik, juga peringatan yang perlu diambil perhatian.


Dari segi penganjuran, sebagai tuan rumah, kami perlu lebih bersedia pada masa hadapan. Inilah buat pertama kalinya kami mendapat pengalaman tentang rakaman program yang ditayangkan di kaca televisyen. Semoga dengan pengalaman ini akan membuatkan kami lebih bertambah mahir menganjurkan program yang seumpama dengannya, insya-Allah.

Comments

Popular posts from this blog

2016

Setelah sekian lama bersawang .... Harapannya agar tahun 2016 blog ini akan kembali terisi walaupun tidak kerap. Biasalah, medan untuk meluahkan perasaan....Baru perasan, tahun 2015 bermula dan berakhir tanpa sebarang penulisan, huhuhu.... Semoga tahun ini blog ini "hidup" sebagai kenangan buat pemiliknya & mereka yang membaca....

Away....

I'll be away starting from tomorrow till end of next week....Going to KL for my data collection....Please pray for me - pray that everyone will give full co-operation, pray that the intended person is willing to fill-up my questionnaire....Pray that everything is going to run smoothly....

Photos

Photos taken by my hubby @ area kat Antara Gapi, Serendah - special outdoor session for me ;oD Background kat belakang tue Genting Highlands (second pic).... Eye on Malaysia Menara Taming Sari & pemandangan dari atas menara.... Insya-Allah, ada kesempatan nanti akan upload gambar kat Banda Hilir (bangunan merah) plak....Enjoy the pics ;oD