Skip to main content

Welcome 2013

Ala, dah lama dah masuk 2013 baru nak welcome? Well, memang sangat la tak sempat, tengok-tengok dah bulan Februari....Alhamdulillah, 3 Februari 2013, genaplah usia aku 32 tahun. Syukur pada Allah kerana masih berikan aku peluang bernafas di dunia ini....Masih kurang ibadatku pada-Mu Ya Allah, maka Kau tetapkanlah imanku untuk terus berada di jalan-Mu, ameen.

Nak reply wishes kat fb pun tak sempat ok, so sorry yer. Memanjang kerja, then penat, then kerja lagi....Macam-macam diperlukan sekarang, sampai kekadang tak tahu nak buat yang mana satu. So, redah jer....

Hari nie, aku curi-curi masa update blog yang dah bersawang nie. Takde apa yang special sangat pun melainkan kerja, kerja, kerja....Kelas dah nak start, semester baru dah nak bukak tapi aku rasa macam tak sempat nak bernafas jer nie. Macam takde break la....Terkejar-kejar membahagikan masa antara dua office, sampai permanent office ni nampak macam stor jer sebab aku tak sempat kemas, huhuhu....Sangatlah jealous tengok bilik kawan aku kat sebelah nie, Kak Intan. Bilik dia sangatlah tip top & kemas....Sebab bilik aku macam stor, aku rasa orang boleh nampak macam mana serabutnya aku di kala ini kan? 

Aku hanya insan biasa, so aku cuba buat yang terbaik dalam apa jua amanah yang diberikan.  Memang tak sempurna sesuatu yang aku buat, sebab kekadang aku memang mengejar masa....Mana nak spend dengan Aisyah yang manja dan aku taknak sampai rumah pun bawak balik kerja, walaupun aku buat jugak macam tue if benar-benar terpaksa. Kesian, masa Aisyah demam, aku plak dah due key-in markah, sampai kena peluk dia tapi still buat keje. Nasib ada hubby yang tolong....

Bukan taknak buat apa-apa after office hours, tapi kalau boleh biarlah settle dalam masa office hours. Kekadang memang la terlajak tapi bukanlah rutin kan?

* Mode: Mengharapkan yang terbaik & semua memahami....

Comments

Popular posts from this blog

Happy birthday Sayang

Hari ini birthday my other half, Nur Sophian Rifin @ Endz .   Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu, in shaa Allah.  Ummi & Aisyah sayang abi sangat-sangat.....

Happy birthday Fida & Aishah....

I really hope that Fida & Aishah will read this entry - especially dedicated to them. I do not prefer sending wishes through facebook or friendster (although I always use the medium) because sometimes it hangs in the middle of posting something etc .The internet connection in Malaysia is not so good, and sometimes facebook and friendster cramps with lots of users (I assumed la since payah nak bukak).... To Fida & Aishah - Happy Birthday Sweet - 28. May Allah Bless you always, may all your wishes will come true. Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Fida & Aishah, Happy birthday to you....

Isteri Separuh Masa

Novel kedua Sury Ryana yang telah aku miliki & telah habis dibaca dalam masa hanya sehari (less than 12 hours). Nampak tak apa masalah aku skang? Aku memang gila membaca novel & amat cepat membaca novel Melayu. Cuma, untuk menjadi penulis novel tu tak le kot, takde bakat la ;-) Novel Isteri Separuh Masa baru dibeli di Popular Paradigm Mall pada 26 Mei 2012, aku start baca pukul 11.30 pagi 27 Mei 2012 (on the way fetch ayah kat airport & pi kenduri kat BBST), then continue baca masa on the way ke Hospital Selayang, masih khusyuk membaca kat Hospital Selayang & finished off bila sampai umah kat Nilai, before tido jam 10.30 malam.  Apa yang mempercepatkan pembacaan? Jalan cerita yang menarik, persembahannya yang santai tapi still ada unsur yang agak mencemaskan towards the end, gaya penulisan yang bersahaja & dekat di hati ;-) Best, sama jer rasa masa baca M.A.I.D. Kesimpulannya: sebuah novel yang harus dimiliki & dibaca pada masa lapang ;-D To...