Skip to main content

Syukur

Aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk terus bernafas di bumi-Nya, untuk hidup di samping insan-insan yang aku cintai, untuk kecapi segala nikmat kurniaan-Nya. Itupun adakala sebagai insan biasa yang lemah & hina, aku selalu terfikir kenapa ada perkara yang aku nak sangat tapi aku belum dapat. Aku belum cukup mensyukuri nikmat-Nya. He knows what's the best for me, for everyone. Thank God, for everything that I have now.

Pemergian mengejut one of my junior @ high school masa tahun 2010 baru saja menjelma amat mengejutkan. Aku melayan kesedihan sendiri. Walaupun aku sekadar mengenalinya sebagai seorang junior, aku masih boleh menggambarkan wajahnya - senyumannya yang sentiasa menghiasi indah wajah lembutnya itu. Kalau yer pun kami berhubungan - hanya di alam maya. Friendster & facebook la yang memungkinkan semuanya. Aku ikuti perkembangan terkini allahyarhamah semuanya melalui friendster & facebook - saat dia kahwin dengan one of my junior jugak sehinggalah menimang cahayamata pertama. Bertambah hiba biler aku dapat tahu beliau kembali ke rahmatullah bersama-sama anak yang 7 bulan dalam kandungan - her second child. Aku tahu mengenai pemergiannya pun melalu facebook. Al-Fatihah, semoga Suhieda Sukiman & baby damai sentiasa bersama-Nya.


Aku sangat bersyukur....masih bernafas di ketika ini. Entah bila saat kita dipanggil pun kita belum tahu. Cherish every moment that we have, enjoy it fully & yang paling penting, sentiasa bersyukur atas rahmat-Nya. Dia penentu segala-galanya....



Comments

Anonymous said…
slm..

maya, munie pn baru tau yg suhieda tu meninggal. n baru jgk tau yg ayah aida dah pergi.. al fatihah utk kedua-duanya.. maya sihat??

Popular posts from this blog

Happy birthday Sayang

Hari ini birthday my other half, Nur Sophian Rifin @ Endz .   Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu, in shaa Allah.  Ummi & Aisyah sayang abi sangat-sangat.....

Mood hilang....

..... hanya sebab proposal program....Sebenarnya tak perlu teruk sangat pun, tak perlu detail sangat pun. Report program nanti yang akan detail... . Tapi hamba Allah ni   sangat  la bossy sejak akhir-akhir  ni . Macam-macam la komen sedangkan dah tanya bis boss dah, dia yang kata tak payah detail sangat cuma dia nak report yang complete. So? Stress tau, tapi taknak tulis kat FB atau insta sebab nanti ramai yang tahu. Nasib la blog ni ada, boleh la mengadu domba kat blog ni ;-D Anger management, anger management kena   betul   kan ? Nasib la aku jenis tak hentak2 atau baling2 benda kalau nak marah. Aku jenis kalau marah, aku yang nanges. So, baik la takyah marah . Penat ... . penat nanges   karang .... Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Ber...

Isteri Separuh Masa

Novel kedua Sury Ryana yang telah aku miliki & telah habis dibaca dalam masa hanya sehari (less than 12 hours). Nampak tak apa masalah aku skang? Aku memang gila membaca novel & amat cepat membaca novel Melayu. Cuma, untuk menjadi penulis novel tu tak le kot, takde bakat la ;-) Novel Isteri Separuh Masa baru dibeli di Popular Paradigm Mall pada 26 Mei 2012, aku start baca pukul 11.30 pagi 27 Mei 2012 (on the way fetch ayah kat airport & pi kenduri kat BBST), then continue baca masa on the way ke Hospital Selayang, masih khusyuk membaca kat Hospital Selayang & finished off bila sampai umah kat Nilai, before tido jam 10.30 malam.  Apa yang mempercepatkan pembacaan? Jalan cerita yang menarik, persembahannya yang santai tapi still ada unsur yang agak mencemaskan towards the end, gaya penulisan yang bersahaja & dekat di hati ;-) Best, sama jer rasa masa baca M.A.I.D. Kesimpulannya: sebuah novel yang harus dimiliki & dibaca pada masa lapang ;-D To...