Skip to main content

Ada gak orang macam tue kan???

This entry is in Malay....Dalam dunia nie, ada pelbagai jenis manusia, dengan pelbagai ragamnya....Tapi yang paling aku tak berkenan (paling tepat: menyampah) adalah orang-orang yang hobinya menyindir + menyibuk hal orang lain tapi tak ingat nak cermin @ tengok diri sendiri....Dah memang sejak azali, aku susah nak marah orang "on the spot" sebab aku ni jenis memendam perasaan. Kekadang dalam hati dah menyumpah tapi mulut tak berkata-kata....Mungkin ada bagusnya sebab aku nie jenis kalau "smash" orang, orang tue pasti ingat sampai mati la apa yang aku "smash" tue....So aku bersyukur sangat Allah memeliharaku dalam hal-hal berkata-kata ini (walaupun sekali-sekali terlepas jugak)....

Tak kisah nak menyindir, biarlah bertempat dan berpada-pada. Dah kalau ko tue buat lagi teruk dari tue, tak payah la nak menyindir orang. Kot yer pun dah 2nd time aku makan, takde la aku amik 17 bungkus (aku pun ada sense nak ingat pada orang yang belum makan). Lain la macam ko, siap bungkus sebab nak bagi jamuan kat tadika anak ko, apa hal??? Dah tue, bila tak terlibat dalam penganjuran majlis yang orang lain organize, muka ko la yang cepat jer biler tiba time makan-makan nie. Aku yang jadi AJK Makanan nie pun tengok jer la, siap bertambah-tambah ko makan tak plak aku bising walaupun participants tak turun pun makan lagi. Apa hal??? Ada ko tahu hati aku berdebar-debar makanan tak cukup untuk orang yang sewajarnya?

Kalau ko jealous pun tengok aku pi IKEA, ko pegi jer lah sana kalau ko teringin. Yang penting, aku pi hari minggu, bukan hari kerja. Kalau ko rasa ko takde masa, ko punya pasallah. Yang ko nak menyindir orang yang ada masa macam aku (sebab boleh pi IKEA) ni apa halnya. Ada aku amik masa ko ker sampai dah tak cukup 24 jam masa ko dalam sehari? Aku kerja kerja gak, tapi still aku peruntukkan masa untuk "me" time, family time, outing time. So what???

Aku geram dengan orang-orang yang macam nie....Nampak jer baik, belajar agama dah sah la tinggi daripada aku (orang grad syariah) tapi cakap main ikut suka. Bab berprasangka tu jangan kata la, memang juara. Entah la, apa nak jadi dengan orang zaman skang nie....Aku memang tak balas direct jer biler incident tu berlaku tapi aku takut biler dah lama sangat aku pendam, one day aku meletup baru ko tahu sapa aku....

P/s: Memang tengah marah sangat masa entry nie ditulis, huhuhu.....


Comments

kak keyte, sabar je la.. takut adik baca entry ni..kepada org yg berkenaan 'dey,mau kena pokol ka?'..ggrrr..
ENDz said…
ayoyo minachi... saya ada takut jugak...
thambichi...kasi angah cool down...hehe...
puteri said…
sapa kacau kawan aku ni??? nak kena sepak ke??? nanti aku balik msia, kau bawak aku gi office kau ok... aku nak buat lagi mengada depan diorg tu!
Aini said…
ayooo..marahnyer..takut..takut..sabaq maya..orang ni mmg mcm2 ragam...tambah2 klu nmpk kita ni mcm senang dibuli..huhuhu..

Popular posts from this blog

Happy birthday Sayang

Hari ini birthday my other half, Nur Sophian Rifin @ Endz .   Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu, in shaa Allah.  Ummi & Aisyah sayang abi sangat-sangat.....

Mood hilang....

..... hanya sebab proposal program....Sebenarnya tak perlu teruk sangat pun, tak perlu detail sangat pun. Report program nanti yang akan detail... . Tapi hamba Allah ni   sangat  la bossy sejak akhir-akhir  ni . Macam-macam la komen sedangkan dah tanya bis boss dah, dia yang kata tak payah detail sangat cuma dia nak report yang complete. So? Stress tau, tapi taknak tulis kat FB atau insta sebab nanti ramai yang tahu. Nasib la blog ni ada, boleh la mengadu domba kat blog ni ;-D Anger management, anger management kena   betul   kan ? Nasib la aku jenis tak hentak2 atau baling2 benda kalau nak marah. Aku jenis kalau marah, aku yang nanges. So, baik la takyah marah . Penat ... . penat nanges   karang .... Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Ber...

Isteri Separuh Masa

Novel kedua Sury Ryana yang telah aku miliki & telah habis dibaca dalam masa hanya sehari (less than 12 hours). Nampak tak apa masalah aku skang? Aku memang gila membaca novel & amat cepat membaca novel Melayu. Cuma, untuk menjadi penulis novel tu tak le kot, takde bakat la ;-) Novel Isteri Separuh Masa baru dibeli di Popular Paradigm Mall pada 26 Mei 2012, aku start baca pukul 11.30 pagi 27 Mei 2012 (on the way fetch ayah kat airport & pi kenduri kat BBST), then continue baca masa on the way ke Hospital Selayang, masih khusyuk membaca kat Hospital Selayang & finished off bila sampai umah kat Nilai, before tido jam 10.30 malam.  Apa yang mempercepatkan pembacaan? Jalan cerita yang menarik, persembahannya yang santai tapi still ada unsur yang agak mencemaskan towards the end, gaya penulisan yang bersahaja & dekat di hati ;-) Best, sama jer rasa masa baca M.A.I.D. Kesimpulannya: sebuah novel yang harus dimiliki & dibaca pada masa lapang ;-D To...