Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Updates

Lama tak update blog nie kan? Memang tak sempat, plus nothing much to share....My life? Macam biasa, ada ups and downs but that's a normal life should be right? Alhamdulillah, convocation pun dah lepas. So, aku kena teruskan hidup dalam dunia akademia yang penuh dengan ranjau....Sapa kata kerja dalam bidang akademik nie senang? Well, mana ada benda yang senang dalam hidup nie kan? Nak makan pun kena usaha cari duit beli makanan, pastu suap makanan dalam mulut, then kena kunyah makanan tue baru la perut rasa kenyang. Nampak simple but that's the process. Semua perkara memerlukan usaha, doa + tawakkal, dari sekecil-kecil benda hinggalah ke perkara yang besar.... Weekend ni sehinggalah weekend depan aku akan bercuti panjang, sempena students punya mid-semester break. This is the only time aku boleh bercuti since kelas aku dijadualkan setiap hari except weekend bagi this whole semester. So bila masanya jumlah cuti aku nak berkurang kan? Inilah masanya.... Dalam kesibukan nie, aku t...

Satu persatu....

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan sehingga ke hari ini untuk bernafas dan hidup di atas muka bumi. Alhamdulillah, langkah ini masih kuteruskan, ceritaku ini masih belum berkesudahan. Apa penghujungnya, bagaimana kesudahannya? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui.... Terngiang-ngiang lagi kata-kata berikut: "Supervisor awak memang tak nak kat awak dah kot" "Kenapa tak nak amik jer jawatan guru bahasa kat Tamhidi tu?" "Bukan apa, bila ko belajar ada masalah macam nie, nanti kami semua akan dapat surat peringatan untuk belajar sungguh-sungguh, jangan main-main" Sapa yang utarakan dialog di atas? Biarlah rahsia, mungkin akan ada yang perasan dia pernah berkata begitu padaku. Well, biarlah apapun yang orang nak kata. Mulut diorang kan? Aku? Masih di sini, alhamdulillah. Bagi yang kata statement pertama, ko pun bukannya belajar masa tu, spouse ko yang belajar. So memang sedap la kata macam tu kan? Statement kedua: Andainya ko yang berada kat tempat aku, ko buat a...

Kenapa....

bila kita rasa diri kita tak mampu beri komitmen untuk sesuatu dan kita mohon untuk tidak "commit" buat masa tertentu, kita juga yang disalahkan? susah bagi orang menghormati pendirian kita? senang untuk orang menyakiti perasaan kita? ...... banyak lagi la persoalan kenapa yang tak terjawab.... Mode: Sedih + bercelaru + segalanya bercampur aduk....

KitchenAid

Babe, lepas borak dengan ko pagi tadi, aku browselah KitchenAid. Ala, aku dah jatuh cinta la dengan KitchenAid. Nak kena simpan duit la, memang best mixer KitchenAid since banyak lagi attachments and accessories yang boleh digunakan with the mixer's motor. Malam ni nak mimpi-mimpi, nanti nak beli color apa yer, hahaha.... P/s: Morale of the story - bila ada impian, pasti akan bekerja keras untuk dapatkannya :)

AJBM Acceptance letter

Got the official acceptance letter yesterday, through e-mail. Alhamdulillah, finally our paper is going to be published in the 18th September 2011 issue of the journal. Hope that this accomplishment will boost up my spirit in order to continue writing in the future, insya-Allah.

Ramadhan 1432H

Masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua...Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya, Insya-Allah. Jangan membazir di bulan yang mulia ini, makan biar berpada-pada dan ikut sunnah.

June 2011 - an UPDATE

Bulan nie, memang students cuti tapi kami tak. So bersusun jadual penuh dengan meeting, bengkel, seminar dan sebagainya, pulun nak penuhkan 7 hari berkursus = 42 jam untuk CPD. If semester tengah berlangsung, susah sikit sebab kena attend lectures & tutorials. Target semester break nie adalah menghadiri seminar yang free, anywhere yang berdekatan & berkaitan, hehehe.... Apa plan weekend nie? Well, I will have a long weekend since amik cuti extra (of course tolak cuti tahunan). Baru setengah tahun, cuti pun dah banyak habis. Nak kena simpan untuk raya + konvo gak. Tapi masa semester berlangsung, bukan senang nak amik cuti. Buat plak kelas sepanjang minggu, confirm takleh apply cuti. If hari takde kelas jer baru boleh cuti. So masa semester break nie pulun la amik cuti. Long weekend nak pi mana? Hehehe, apa lagi, balik Kulim la. Masih belum berkesempatan tengok anak buah yang baru, Muhammad Naufal. Then ada wedding cousin, so alang-alang balik sana dapat gak makan nasik minyak. P...

Dalam hubungan ini....

Macam nak bermadah plak tajuk kali nie....Well, dengan hujan lebat mencurah-curah di luar sana, tajuk kali ini lebih bererti.... Dalam hubungan ini....terutamanya antara manusia dengan manusia, sesama insan di dunia ini, sudah pasti penuh dengan dugaan dan cabaran. Bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain....Paling utama, kita perlu jaga hubungan kita dengan pencipta kita Yang Maha Esa, itu tidak boleh dinafikan sama sekali walau apa-pun yang terjadi. Solat 5 waktu adalah tiang agama, saat itulah masa spesifik yang telah ditetapkan untuk kita sujud kepada-Nya. Indahkan Islam? Berbalik kepada persoalan hubungan sesama manusia. Aku akui, memang sukar nak memahami orang lain. Sebab utama, orang itu bukan diri kita. Sedangkan ada masanya kita juga tidak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini, inikan pula untuk mengetahui hati & perasaan orang lain. Pasti amat sukar kan? Walau bagaimanapun, kita perlulah mencuba untuk jadi yang terbaik. Cuba untuk memahami situasi ins...

Lega....

Semangat....pagi nie dah settle revision slides for MGA1023 & student peer review evaluation sheet. Tadi dah bergelut fotostat 400 copies peer evaluation sheets - mesin fotostat tu memang mengada-ngada tul la....Asyik-asyik paper jammed, mana ada jammed pun. Dia nak soh kita tampar dia selalu.... Tengah prepare revision slides for MCB3013 plak, esok lecture pukul 8. Hope dapat la siap today, so malam ni takla kena buat kerja kat umah lagi. Last nite pening siapkan revision slides MGA1023, dah la lama aku tinggalkan bab-bab calculation accounting & finance - kena la study semula.... Next week, lepak la sikit. Plan nak siapkan carry marks by end of this week, so next week relaks jap before kena marking final exam. Then, nak amik cuti la sehari dua so boleh balik Kulim lama-lama sikit ;oD Skang dah jarang balik Kulim, dulu once a month, skang dah once in two months. Boleh tak nak pindah dok Kulim jer???

Tired....

Selepas seharian busy dengan rakaman, memang amat meletihkan. Pastu slides revision for MGA1023 belum siap, slides revision for MCB3013 pun belum siap. Bertambah letihlah otakku ini....Malas nak bawak balik kerja office kat umah tapi nampak gayanya terpaksa la buat macam tu jugak hari ini.... Malam ni drama Gemilang. Pasti aku geram lagi kat Ruhana....eeeee, macam nak masuk dalam tv dan ganyang-ganyang minah tue. Tapi kan, itulah tandanya dia pandai berlakon. Percaya atau tidak, memang ada manusia jenis macam tue dalam dunia nie.... Ok la, nak get ready untuk balik....Till we meet again....

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

H ari ini USIM sungguh bertuah kerana rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah berlangsung di DKP3, USIM. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam rakaman ini, khususnya kepada ahli Fakulti Ekonomi & Muamalat yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, bersama-sama penaja utama Bank Muamalat, RTM & JAKIM. Sekali lagi tahniah diucapkan. Walau bagaimanapun, amat ketara penglibatan ahli fakulti adalah pada penghuni Level 4. Bila kerja-kerja remeh macam nie, memang Level 4 yang mengambil bahagian. Tapi bila info-info tidak sampai kepada pihak tertentu, Level 4 yang dipersalahkan. Memang dah biasa sangat berlaku perkara macam nie, sampai aku malas nak ambil peduli. Lebih-lebih lagi bila isu email aku diperbesar-besarkan. Lantaklah kat korang. Rakaman forum kali ini melibatkan dua sesi, dengan dua tema yang amat menarik sekali. Sesi pertama rakaman mengupas tentang isu Hayya 'Alal Fallah, dengan pengkhususan perbincangan berkisar tentang penjanaan ekonomi Islam. Sesi ini di...

April 2011

Pejam celik, pejam celik, dah sampai bulan April. Time flies quickly, tanpa disedari. Banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah, I've completed my thesis corrections & it is now up to the internal examiner since external examiner has approved my corrections. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.... Last week, Balqis Humayrah was staying with us for a couple of days since her mum went to BTN. Again, alhamdulillah dia tak meragam sangat. Biasa la budak-budak buat perangai, tapi still under control. We are missing her now, umah sunyi pulak takde budak-budak. Bila la anak kami nak keluar ni??? This week, a bit sad for us at the faculty since one of our lecturer lost her son. Her son died on 6th April, 2011 at Melbourne. Takziah to Prof. Madya Dr Kalsom di atas permergian anak lelaki sulungnya yang sebaya denganku. Al-Fatihah, semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Bila ajal kita sudah tiba, tidak kiralah sama ada tua atau muda, pasti kita ...

2011

Tahun 2011 adalah tahun yang bakal penuh dengan cabaran....Kalau ditanya cabaran yang macam mana, memang susah nak jawab. Februari sudah sampai ke pertengahannya, masih banyak yang perlu aku siapkan. Masa yang aku ada rasanya tidak mencukupi. Kekadang rasa nak nangis, kenapa la jadi macam nie tapi aku sendiri pun tak tahu apa sebab utama. Akukah yang tak pandai uruskan masa? Tahun 2010 berlalu dengan beberapa pencapaian yang aku rasa aku boleh banggakan. Cuma perjalanan 2010 bersambung ke 2011. Dan begitulah seterusnya. Cuma perjalanan hidup ini masih jauh.... Beberapa hari yang lalu....usiaku sudah menginjak ke 30. Satu angka baru, dan yang pastinya aku makin berusia. Semoga pertambahan usia ini akan lebih mematangkan aku, mendewasakan aku. Semoga apa yang aku idamkan akan menjadi kenyataan, insya-Allah. Mak & ayah, terima kasih kerana melahirkan & membesarkan aku selama ini. My other half (my better half, my love, my chepok), thank you so much for loving me....