Alhamdulillah, masih diberi kesempatan sehingga ke hari ini untuk bernafas dan hidup di atas muka bumi. Alhamdulillah, langkah ini masih kuteruskan, ceritaku ini masih belum berkesudahan. Apa penghujungnya, bagaimana kesudahannya? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui....
Terngiang-ngiang lagi kata-kata berikut:
Terngiang-ngiang lagi kata-kata berikut:
- "Supervisor awak memang tak nak kat awak dah kot"
- "Kenapa tak nak amik jer jawatan guru bahasa kat Tamhidi tu?"
- "Bukan apa, bila ko belajar ada masalah macam nie, nanti kami semua akan dapat surat peringatan untuk belajar sungguh-sungguh, jangan main-main"
Sapa yang utarakan dialog di atas? Biarlah rahsia, mungkin akan ada yang perasan dia pernah berkata begitu padaku. Well, biarlah apapun yang orang nak kata. Mulut diorang kan? Aku? Masih di sini, alhamdulillah.
- Bagi yang kata statement pertama, ko pun bukannya belajar masa tu, spouse ko yang belajar. So memang sedap la kata macam tu kan?
- Statement kedua: Andainya ko yang berada kat tempat aku, ko buat apa? Terima ker?
- Statement ketiga: Main-mainkah aku masa aku belajar dulu?
Sampai skang, aku memang dikenali sebagai orang yang bermasalah. Tapi pada aku, segala pengalaman yang aku lalui menjadikan aku lebih berhati-hati dalam kehidupan ini. Bagi yang pernah bercerita pasal aku, bawak mulut pasal aku, diorang tahu ker apa yang aku rasa? Macam mana aku nak bangkit selepas apa yang berlaku? Diorang kisahkah? Syukur, semua perjalanan hidup mereka dipermudahkan. Takde sapa pun yang akan mendoakan perkara-perkara yang tak baik buat orang kan? Walau macam mana teruk pun yang aku rasa, tak pernah dan taknak aku doakan dioarang dapat rasa apa yang aku rasa.
Sampai sekarang, bila dikenang apa yang berlaku pasti mengalir lagi air mata. Kalau ditanya macam mana aku bangun semula, aku pun tak tahu sebenarnya. Kuatkah aku masa tu? Pernah aku decide, that's the end. Jadilah apa pun nak jadi, aku frust. Nak tido menangis, bangun menangis, asal teringat jer menangis. Air mata memang jadi teman rapatku ketika itu. Tapi, memang aku jenis yang mudah mengalirkan air mata sebenarnya...Murah sangat air mata aku ni....
Tapi sapalah kita nak mengeluh dengan ujian-Nya...Sebab Dia dah tentukan bukan di situ tempatku...Aku seharusnya lebih bersyukur atas apa yang berlaku, lihat dari perspektif yang lain apa hikmah semua itu terjadi. Alhamdulillah, berkat sokongan semua terutamanya my other half, mak & ayah, my siblings, berkat doa semua, berkat doa tok aku, sokongan supervisor aku, finally aku berjaya tamatkan pengajian aku. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Yang pahit dan berliku pasti ada penghujung yang membahagiakan.
Perjalanan hidup ini masih jauh....Aku sendiri belum pasti bagaimana rupa coraknya perjalanan esok, lusa, sehinggalah nafasku yang terakhir. Moga semuanya dipermudahkan, amin....

Comments
Saya juga ada menyuarakan tentang peranan yg dimainkan oleh pihak IDP yg sentiasa memberi informasi yg kurang lengkap kepada para pelajar2 M'sia dan menyebabkan pelajar2 terpaksa menanggung kerugian. Pihak RDC berjanji akan cuba membawakan hal ini kepada pihak immigrasen Australia. Sekiranya mana-mana pelajar postgraduate QUT mempunyai sebarang masalah berkenaan pelajaran mereka di QUT saya bersedia untuk mendengar masalah anda untuk dibawakan kepada mesyuarat RDC yg diadakan setiap bulan. Sesiapa yg mempunyai masalah berkenaan Stage 2 mereka juga sila berhubung dengan saya, supaya dapat saya cuba membantu apa yg termampu oleh saya. Diharapkan dgn penjelasan ini akan melegakan dan mejawab kekeliruan yg selama ini pelajar2 antarabangsa QUT hadapi dan semua boleh tidur lena selepas ini. Sekian, terima kasih.