Skip to main content

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Hari ini USIM sungguh bertuah kerana rakaman Forum Perdana Hal Ehwal Islam telah berlangsung di DKP3, USIM. Tahniah kepada mereka yang terlibat dalam rakaman ini, khususnya kepada ahli Fakulti Ekonomi & Muamalat yang bertungkus-lumus menjayakan program ini, bersama-sama penaja utama Bank Muamalat, RTM & JAKIM. Sekali lagi tahniah diucapkan. Walau bagaimanapun, amat ketara penglibatan ahli fakulti adalah pada penghuni Level 4. Bila kerja-kerja remeh macam nie, memang Level 4 yang mengambil bahagian. Tapi bila info-info tidak sampai kepada pihak tertentu, Level 4 yang dipersalahkan. Memang dah biasa sangat berlaku perkara macam nie, sampai aku malas nak ambil peduli. Lebih-lebih lagi bila isu email aku diperbesar-besarkan. Lantaklah kat korang.


Rakaman forum kali ini melibatkan dua sesi, dengan dua tema yang amat menarik sekali. Sesi pertama rakaman mengupas tentang isu Hayya 'Alal Fallah, dengan pengkhususan perbincangan berkisar tentang penjanaan ekonomi Islam. Sesi ini dikendalikan oleh moderator, Encik Rizal Ramli bersama 2 panel yang tidak asing lagi di Malaysia. Panel pertama adalah Y. Bhg. Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim (pasti teringat KFC kan?) dan panel kedua adalah Encik Azizi Che Seman, Pengerusi Panel Shariah Bank Muamalat Malaysia Berhad. Best sangat, Tan Sri memang very humble person.


Sesi kedua berlangsung selepas sesi pertama, dengan tema "Roh Tergantung". Ngeri kan dengar tema nie? Namun, isu ini amat penting kerana ia berkisar tentang kewajipan membayar hutang yang implikasinya besar dalam kehidupan seharian kita. Moderator masih Encik Rizal Ramli, dengan panel pertama dari USIM sendiri, Dr Amir Shaharuddin, Timbalan Dekan FEM dan Prof. Madya Dr Mohamad Sabri Haron, ahli panel Shariah Bank Muamalat Malaysia Berhad.


Kesimpulannya, kedua-dua sesi forum yang dirakamkan berjalan dengan lancar. Isu yang dikupas juga amat penting buat Muslimin & Muslimat di Malaysia khususnya, dan juga di mana-mana mereka berada. Banyak pengajaran dapat dipetik, juga peringatan yang perlu diambil perhatian.


Dari segi penganjuran, sebagai tuan rumah, kami perlu lebih bersedia pada masa hadapan. Inilah buat pertama kalinya kami mendapat pengalaman tentang rakaman program yang ditayangkan di kaca televisyen. Semoga dengan pengalaman ini akan membuatkan kami lebih bertambah mahir menganjurkan program yang seumpama dengannya, insya-Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Happy birthday Fida & Aishah....

I really hope that Fida & Aishah will read this entry - especially dedicated to them. I do not prefer sending wishes through facebook or friendster (although I always use the medium) because sometimes it hangs in the middle of posting something etc .The internet connection in Malaysia is not so good, and sometimes facebook and friendster cramps with lots of users (I assumed la since payah nak bukak).... To Fida & Aishah - Happy Birthday Sweet - 28. May Allah Bless you always, may all your wishes will come true. Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Fida & Aishah, Happy birthday to you....

Happy New Year

Still in new year mood....Masih belum terlewat, Salam Maal Hijrah & Happy New Year 2010 everyone. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelum sebelumnya. Azam tahun baru? Banyak sangat, tak habis tulis lagi....Yang penting, azam on my study la....Doa-doakan semoga dipermudahkan perjalanan ini.... P/s: Baru dapat tau my junior @ high school passed away....Al-Fatihah to allahyarhamah Suhieda Sukiman & takziah to Aswad (her hubby & also my junior). Aswad, stay strong. The kid needs you....

Happy birthday Sayang

Hari ini birthday my other half, Nur Sophian Rifin @ Endz .   Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu, in shaa Allah.  Ummi & Aisyah sayang abi sangat-sangat.....