Skip to main content

Dalam hubungan ini....

Macam nak bermadah plak tajuk kali nie....Well, dengan hujan lebat mencurah-curah di luar sana, tajuk kali ini lebih bererti....


Dalam hubungan ini....terutamanya antara manusia dengan manusia, sesama insan di dunia ini, sudah pasti penuh dengan dugaan dan cabaran. Bak kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain....Paling utama, kita perlu jaga hubungan kita dengan pencipta kita Yang Maha Esa, itu tidak boleh dinafikan sama sekali walau apa-pun yang terjadi. Solat 5 waktu adalah tiang agama, saat itulah masa spesifik yang telah ditetapkan untuk kita sujud kepada-Nya. Indahkan Islam?


Berbalik kepada persoalan hubungan sesama manusia. Aku akui, memang sukar nak memahami orang lain. Sebab utama, orang itu bukan diri kita. Sedangkan ada masanya kita juga tidak tahu apa yang kita mahukan dalam hidup ini, inikan pula untuk mengetahui hati & perasaan orang lain. Pasti amat sukar kan? Walau bagaimanapun, kita perlulah mencuba untuk jadi yang terbaik. Cuba untuk memahami situasi insan lain. Cara yang paling mudah, cuba letakkan diri kita dalam situasi insan berkenaan. Sekiranya kita rasa sesuatu perkara itu kita tidak gemar atau tidak suka, begitulah dengan insan berkenaan. Dengan cara itu, kita akan lebih mengenali insan lain, lebih memahami dan tidak menjadi insan yang individualistik.


If nak kongsi apa yang pernah berlaku dalam hidup aku berkenaan tajuk kali ini, memanglah teramat banyak. Sebagai contoh, bagaimana aku agak terasa bila dipersoalkan tentang cahaya mata. Jika pertanyaan itu secara lembut & berhemah, mungkin aku kurang tersinggung. Tetapi jika nadanya menyindir, agak kasar, pasti aku jugak akan melenting. Bagi mereka yang tidak pernah berada dalam situasi aku, apalah sangat usaha mendapatkan cahaya mata bagi korang. Susah apa sangat, buat jer terus lekat. Sampai kena tahan-tahan la bagi tak lekat. Tapi cuba bayangkan berada dalam situasi aku, dah kahwin hampir enam tahun tapi belum ada cahaya mata? Selagi tak kena pada batang hidung kita, selagi itulah kita takkan amik iktibar. Cuba bila sedara terdekat, anak kita ker, kakak atau adik kita ker kena macam nie, baru terdiam. Baru tak terkata apa-apa. Itulah ragam manusia kan?


Sentiasa ingat, dalam setiap hubungan, pasti ada "give & take"....Jagalah hubungan itu setakat mana termampu. Selalu kita dipesan, jangan benci sangat takut benci itu bertukar menjadi cinta & sayang. Juga jangan sayang sepenuh hati sangat, takut sayang itu bertukar menjadi benci yang amat dalam. Mesti ramai yang pernah baca "quote" berikut:


"There is a lie in believe,


an over in lover,


an end in friend,


an us in trust,


& an if in life..."



Semoga dalam hubungan ini kita sentiasa saling memahami....


Comments

Popular posts from this blog

Happy birthday Fida & Aishah....

I really hope that Fida & Aishah will read this entry - especially dedicated to them. I do not prefer sending wishes through facebook or friendster (although I always use the medium) because sometimes it hangs in the middle of posting something etc .The internet connection in Malaysia is not so good, and sometimes facebook and friendster cramps with lots of users (I assumed la since payah nak bukak).... To Fida & Aishah - Happy Birthday Sweet - 28. May Allah Bless you always, may all your wishes will come true. Happy birthday to you, Happy birthday to you, Happy birthday to Fida & Aishah, Happy birthday to you....

Happy New Year

Still in new year mood....Masih belum terlewat, Salam Maal Hijrah & Happy New Year 2010 everyone. Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelum sebelumnya. Azam tahun baru? Banyak sangat, tak habis tulis lagi....Yang penting, azam on my study la....Doa-doakan semoga dipermudahkan perjalanan ini.... P/s: Baru dapat tau my junior @ high school passed away....Al-Fatihah to allahyarhamah Suhieda Sukiman & takziah to Aswad (her hubby & also my junior). Aswad, stay strong. The kid needs you....

Happy birthday Sayang

Hari ini birthday my other half, Nur Sophian Rifin @ Endz .   Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu, in shaa Allah.  Ummi & Aisyah sayang abi sangat-sangat.....