Skip to main content

Jumaat - Banyakkanlah berselawat

Ada satu tazkirah Ramadhan yang diterima daripada Ustaz Abdullaah Jalil, so just nak berkongsi untuk panduan & ingatan kita bersama. Sharing is caring ;-D

[HADITH 1: Memperbanyakkan Selawat Pada Hari Jumaat]

[Imam] Abu Daud telah melaporkan di dalam kitabnya “al-Sunan” daripadat Aws Ibn Aws bahawa beliau berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya di antara hari-hari kamu yang terbaik adalah hari Jumaat: padanya diciptakan [Nabi] Adam a.s., dan padanya baginda diwafatkan, padanya tiupan sangka kala, padanya lah kematian seluruh penduduk bumi dan langit, maka perbanyakkanlah selawat ke atasku padanya (hari Jumaat), sesungguhnya selawat kamu semua dibentangkan kepada ku.”

“[Aws Ibn Aws] berkata: Mereka pun berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah dibentangkan selawat kamu kepada mu sedangkan engkau telah pun hancur di dalam bumi? Mereka juga berkata: Sedangkan engkau telah reput. Maka Baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Agung telah mengharamkan ke atas bumi jasad-jasad para Nabi. [a.s.]”

“Semoga Allah melimpahkan rahmat bersama penghormatan dan kesejahteraaan ke atas Baginda”

Maka perbanyakkanlah selawat ke atas Nabimu s.a.w. pada hari yang mulia ini (Hari Jumaat) dan hari-hari yang lainnya. Sesungguhnya padanya keistimewaan bagi kamu dengan keberkatan dan kebaikan Baginda s.a.w. Dan kamu akan menjadi orang paling layak di sisi Baginda s.a.w. pada Hari Kiamat kelak, dan orang yang paling hampir dengan Baginda s.a.w. di syurga nanti.


Comments

Popular posts from this blog

2016

Setelah sekian lama bersawang .... Harapannya agar tahun 2016 blog ini akan kembali terisi walaupun tidak kerap. Biasalah, medan untuk meluahkan perasaan....Baru perasan, tahun 2015 bermula dan berakhir tanpa sebarang penulisan, huhuhu.... Semoga tahun ini blog ini "hidup" sebagai kenangan buat pemiliknya & mereka yang membaca....

Away....

I'll be away starting from tomorrow till end of next week....Going to KL for my data collection....Please pray for me - pray that everyone will give full co-operation, pray that the intended person is willing to fill-up my questionnaire....Pray that everything is going to run smoothly....

Photos

Photos taken by my hubby @ area kat Antara Gapi, Serendah - special outdoor session for me ;oD Background kat belakang tue Genting Highlands (second pic).... Eye on Malaysia Menara Taming Sari & pemandangan dari atas menara.... Insya-Allah, ada kesempatan nanti akan upload gambar kat Banda Hilir (bangunan merah) plak....Enjoy the pics ;oD