Skip to main content

Satu persatu....

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan sehingga ke hari ini untuk bernafas dan hidup di atas muka bumi. Alhamdulillah, langkah ini masih kuteruskan, ceritaku ini masih belum berkesudahan. Apa penghujungnya, bagaimana kesudahannya? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui....

Terngiang-ngiang lagi kata-kata berikut:
  • "Supervisor awak memang tak nak kat awak dah kot"
  • "Kenapa tak nak amik jer jawatan guru bahasa kat Tamhidi tu?"
  • "Bukan apa, bila ko belajar ada masalah macam nie, nanti kami semua akan dapat surat peringatan untuk belajar sungguh-sungguh, jangan main-main"
Sapa yang utarakan dialog di atas? Biarlah rahsia, mungkin akan ada yang perasan dia pernah berkata begitu padaku. Well, biarlah apapun yang orang nak kata. Mulut diorang kan? Aku? Masih di sini, alhamdulillah.

  • Bagi yang kata statement pertama, ko pun bukannya belajar masa tu, spouse ko yang belajar. So memang sedap la kata macam tu kan?
  • Statement kedua: Andainya ko yang berada kat tempat aku, ko buat apa? Terima ker?
  • Statement ketiga: Main-mainkah aku masa aku belajar dulu?
Sampai skang, aku memang dikenali sebagai orang yang bermasalah. Tapi pada aku, segala pengalaman yang aku lalui menjadikan aku lebih berhati-hati dalam kehidupan ini. Bagi yang pernah bercerita pasal aku, bawak mulut pasal aku, diorang tahu ker apa yang aku rasa? Macam mana aku nak bangkit selepas apa yang berlaku? Diorang kisahkah? Syukur, semua perjalanan hidup mereka dipermudahkan. Takde sapa pun yang akan mendoakan perkara-perkara yang tak baik buat orang kan? Walau macam mana teruk pun yang aku rasa, tak pernah dan taknak aku doakan dioarang dapat rasa apa yang aku rasa.

Sampai sekarang, bila dikenang apa yang berlaku pasti mengalir lagi air mata. Kalau ditanya macam mana aku bangun semula, aku pun tak tahu sebenarnya. Kuatkah aku masa tu? Pernah aku decide, that's the end. Jadilah apa pun nak jadi, aku frust. Nak tido menangis, bangun menangis, asal teringat jer menangis. Air mata memang jadi teman rapatku ketika itu. Tapi, memang aku jenis yang mudah mengalirkan air mata sebenarnya...Murah sangat air mata aku ni....

Tapi sapalah kita nak mengeluh dengan ujian-Nya...Sebab Dia dah tentukan bukan di situ tempatku...Aku seharusnya lebih bersyukur atas apa yang berlaku, lihat dari perspektif yang lain apa hikmah semua itu terjadi. Alhamdulillah, berkat sokongan semua terutamanya my other half, mak & ayah, my siblings, berkat doa semua, berkat doa tok aku, sokongan supervisor aku, finally aku berjaya tamatkan pengajian aku. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Yang pahit dan berliku pasti ada penghujung yang membahagiakan.

Perjalanan hidup ini masih jauh....Aku sendiri belum pasti bagaimana rupa coraknya perjalanan esok, lusa, sehinggalah nafasku yang terakhir. Moga semuanya dipermudahkan, amin....

Comments

Anonymous said…
baru2 ini terdapat beberapa kekeliruan berkenaan tempoh masa yg diperlukan oleh seseorang pelajar PhD di QUT menghabiskan pengajian mereka. Informasi sebelum ini menyatakan para pelajar antarabangsa diMESTIkan menghabiskan pengajian PhD mereka dalam masa 3 tahun dan TIDAK boleh disambung pengajian mereka selepas tempoh tersebut. Untuk mendapatkan jawapan sebenar mengenai kekeliruan ini, saya telah bertanyakan hal ini kepada Profesor Dr Rod Wissler iaitu Dekan, QUT Research Center. Menurut kata beliau, memang BENAR pelajar2 PhD antarabangsa digalakkan menghabiskan pengajian mereka dalam masa 3 tahun. TETAPI pelajar juga boleh meminta lanjutan @ disambung pengajian mereka sehingga maksimum 4 tahun @ pun dalam kes2 tertentu lebih drpd 4 tahun. Menurut kata Rod lagi, kebiasaanya para pelajar MEMANG diberikan lanjutan pengajian mereka sehingga 4 tahun. Segala persoalan ini akan dimasukkan ke dalam minit mesyuarat Research Degree Committee (RDC) yg dianggotai oleh semua Research Director drpd semua fakulti di QUT. Saya juga merupakan wakil bagi pelajar postgraduate QUT yg duduk di dalam jawatan kuasa ini. Oleh itu, kekeliruan yg berlaku dikalangan para pelajar2 PhD di QUT berkenaan jangka masa pengajian PhD mereka sebelum ini adalah KURANG TEPAT. Jawapan TEPAT adalah kita BOLEH meminta lanjutan kepada pengajian kita hingga 4 tahun (tertakluk kepada persetujuan penaja) dan kebiasaanya akan diluluskan oleh pihak QUT kalau penaja juga bersetuju.

Saya juga ada menyuarakan tentang peranan yg dimainkan oleh pihak IDP yg sentiasa memberi informasi yg kurang lengkap kepada para pelajar2 M'sia dan menyebabkan pelajar2 terpaksa menanggung kerugian. Pihak RDC berjanji akan cuba membawakan hal ini kepada pihak immigrasen Australia. Sekiranya mana-mana pelajar postgraduate QUT mempunyai sebarang masalah berkenaan pelajaran mereka di QUT saya bersedia untuk mendengar masalah anda untuk dibawakan kepada mesyuarat RDC yg diadakan setiap bulan. Sesiapa yg mempunyai masalah berkenaan Stage 2 mereka juga sila berhubung dengan saya, supaya dapat saya cuba membantu apa yg termampu oleh saya. Diharapkan dgn penjelasan ini akan melegakan dan mejawab kekeliruan yg selama ini pelajar2 antarabangsa QUT hadapi dan semua boleh tidur lena selepas ini. Sekian, terima kasih.

Popular posts from this blog

Happy birthday Sayang

Hari ini birthday my other half, Nur Sophian Rifin @ Endz .   Happy birthday sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berjaya selalu, in shaa Allah.  Ummi & Aisyah sayang abi sangat-sangat.....

Mood hilang....

..... hanya sebab proposal program....Sebenarnya tak perlu teruk sangat pun, tak perlu detail sangat pun. Report program nanti yang akan detail... . Tapi hamba Allah ni   sangat  la bossy sejak akhir-akhir  ni . Macam-macam la komen sedangkan dah tanya bis boss dah, dia yang kata tak payah detail sangat cuma dia nak report yang complete. So? Stress tau, tapi taknak tulis kat FB atau insta sebab nanti ramai yang tahu. Nasib la blog ni ada, boleh la mengadu domba kat blog ni ;-D Anger management, anger management kena   betul   kan ? Nasib la aku jenis tak hentak2 atau baling2 benda kalau nak marah. Aku jenis kalau marah, aku yang nanges. So, baik la takyah marah . Penat ... . penat nanges   karang .... Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Tarik nafas,  hembus . Ber...

Isteri Separuh Masa

Novel kedua Sury Ryana yang telah aku miliki & telah habis dibaca dalam masa hanya sehari (less than 12 hours). Nampak tak apa masalah aku skang? Aku memang gila membaca novel & amat cepat membaca novel Melayu. Cuma, untuk menjadi penulis novel tu tak le kot, takde bakat la ;-) Novel Isteri Separuh Masa baru dibeli di Popular Paradigm Mall pada 26 Mei 2012, aku start baca pukul 11.30 pagi 27 Mei 2012 (on the way fetch ayah kat airport & pi kenduri kat BBST), then continue baca masa on the way ke Hospital Selayang, masih khusyuk membaca kat Hospital Selayang & finished off bila sampai umah kat Nilai, before tido jam 10.30 malam.  Apa yang mempercepatkan pembacaan? Jalan cerita yang menarik, persembahannya yang santai tapi still ada unsur yang agak mencemaskan towards the end, gaya penulisan yang bersahaja & dekat di hati ;-) Best, sama jer rasa masa baca M.A.I.D. Kesimpulannya: sebuah novel yang harus dimiliki & dibaca pada masa lapang ;-D To...